Pada irama tersirat segala kata
Cuba mengerti maksudnya
Bukan sekadar hiburan
tapi pesanan sebelum berangkat
Pergi dari dimensi ini
Bukan ucapan yang aku nyatakan, Bukan perbahasan yang aku sampaikan, Bukan kiasan atau kutukan yang aku coretkan Jika terasa nahhh! Rasakan.. Halaman ini tempatku luahkan yang terbuku dalam fikiran.. ~komen jika ada kekurangan,saya sedia terima~
www.terpendamungkapan.blogspot.com
Jumaat, 29 Disember 2017
Irama
Jumaat, 22 Disember 2017
VISI
Jumaat, 15 Disember 2017
Sabtu, 9 Disember 2017
Keberangkatan
Puasku cuba menyanyi puisi sendiri
Keheningan malam sepi sunyi menyelubungi
Inginku menuruti jejak jiwa yang berlalu
Tapi tak bisa kerana belum tiba waktu
Sabar..cuba tenang kan diri sendiri dikamar yang bisu..Diam seribu bahasa, biarkan pena berbicara..Mungkin sebelum ini keberangkatanku cuma sementara..
Kan tiba masa, aku bertapa untuk jangka yang lama..kembali?Ya aku pasti kan kembali tapi bukan dalam dimensi yang membingit, tapi ke dimensi yang dunia tak bisa mencari...
Ahad, 3 Disember 2017
Realitinya dimensi ini..
saat ini
Selasa, 28 November 2017
Ingin menyatakan kata yang sukar dijelaskan
Dicuba meneruskan berpuisi dengan mengatur susunan komplikasi
Jumaat, 24 November 2017
Nilai
Jangan terlalu cepat menilai
Dengar teliti jangan pula abai
Sedang terang lagi bersuluh tidak terlihat
Hangat benderang berpeluh tubuh memghempas tulang 4 kerat
Isnin, 23 Oktober 2017
Hayat
Semakin jauh perjalanan, semakin ia dekat
Semakin luas pandangan, semakin ia singkat
Itulah dikatakan hayat
Selasa, 26 September 2017
Ahad, 24 September 2017
Sabtu, 23 September 2017
Earn money with free
Come on guys lets make money with free and simple steps..
http://dollarzip.com/?invite=219815
Click at here..
Then register..
I'm sure you'll never regret..
It's fun and simple..
Just a piece of cake..
Jumaat, 22 September 2017
Tafsirkan kataku
Aku tahu dirimu jujur Setiap katamu akur
Namun aku hatiku sering menurut mereka
Aku tidak dapat membaca gerimu
Tidak fasih bertutur denganmu
Kalimat sucimu yang bermakna
Tiap kali dunia bercakap denganmu
Sejujurnya aku cemburu...
Aku tidak mahu menurut mereka setiap masa
Aku damba untuk menjadi seperti kamu dan dia
Agar hidup kita dirahmati yang Esa..
Rabu, 20 September 2017
Rabu, 13 September 2017
Maafkan daku
Tak terlintas dihatiku untuk menyakitimu
Meski kau dan aku tak seperti dahulu
Terpisah oleh ruang dan waktu
Sengaja aku menipu dirimu yang selalu merindu
Bukan niat untuk buatmu membenciku
Tapi....
Aku ingin kau tahu sesuatu...
Bahawaku terlalu menyintaimu menyayangimu
Meskipun ucapanmu tidak memaafkanku
Aku terima setulus hatiku kata-kata itu...
Moga kau memahami maksud yang aku ingin nyatakan walaupun lidahku kelu..
Ahad, 10 September 2017
Kata terakhir cuba dizahir
Dikejar sejuta bayangan dalam perjalanan
Ternampakkan permata cair dipanggang kepanasan
Dalam laluan berlian kabut mula berantakan
Helaan nafas singkat cuba dipanjangkan
Rapat ke dada lantas dilepaskan bersama sesalan...
Daktil menggenggam pena dikala malam tiba
Saat manusia mati dalam bernyawa
Saat telinga tak lagi mendengar suara mereka
Bersaksikan kertas,penanya ceritakan segalanya
Siap semua frasa juga fasa himpunan kata-kata
Dia akan kembali semula dimana ia bermula...
Bukan menuntut janji atau menghakimi
Tapi kembali untuk perbetulkan segala yang terjadi
Yang tertulis bukan sekadar janji untuk sedapkan hati
Tapi kembali berbakti membalas budi
Seperti pepatah yang pernah dia ucap sebelum ini
"Aku tak mahu nama cukup sekadar hidup berjasa,
Untuk apa gagah perkasa? Andai digeruni setakat makhluk alam nyata saja?
Sedang diri tak pernah berbakti untuk sesiapa.."
Biar terlihat seakan merapu, tergaru-garu sambil satu tangan dalam saku,
Perancangannya tindakannya ia sembunyikan didalam setiap puisi pada baris tertentu;
Tepat masa atas izin-Nya, sempurna gerak kerja kerana Dia permudahkan segalanya
Tiba suatu ketika, lawan mula mengaku teman dek kerana dia bukan lagi hamba
Yang dahulu pernah mengatakan dia tak guna mengaku saudara...
Dahulu dia bersuara, sisi kanan memarahi dan maki
Buah fikiran, intuisi diberi sering dicuri, diam kerna dia lebih mengerti
Kiasannya sering disalah erti hingga ada yang tidak berpuas hati
Huh, dia tersenyum sendiri melihat gelagat jemaah yang termakan cili...
Mana pegangan "satu negeri 15kota bersempadan juga 15kampung halaman"?
Tergadai janji yang diikat sambil disaksikan kiri dan kanan
Kamu berkuasa disaat dia masih mencari haluan..
Disisi kiri terkadang buat dia seperti hamba abdi;
Tak apa! Ayat yang sering dia ucapkan didalam hati
Tiba saat dia bakal cetus revolusi ia sendiri tanpa perlu menyakiti
Balasan baik diberi tanda kenangkan apa yang mereka pernah beri...
Saat dia berjuang, dunia hanya menyaksikan sahaja
Saat pintu kehidupan berjaya dibuka, mereka masuk dengan genbira
Tanpa menoleh kearahnya, yang sedang separuh nyawa kehilangan tenaga
Dia tersenyum walau dia mereka lupa...
Kini masa yang ditunggu sudah tiba, dia mengorak langkah mara kedepan
lupakan penderitaan dijiwa, gerbang revolusi menunggu kedatangan pahlawan
Abaikan sisi kiri juga kanan kerana mereka hanya menyakitkan pandangan
Berpegang pada niat, jangan gadaikan janji yang diucapkan
Disana adalah keindahan, disini hanyalah kekalutan
Ucapkan sahaja selamat jalan pada perjalanan
Selamat datang revolusi sentiasa mengalu-alukan...
Diakhir puisi dia berkata ia pasti kembali
Mana tempat sekalipun ia pergi
Realitinya kehidupan tetap fantasi
Saat mata dipejam disitulah realiti...!!
"Bukan dia berkata tapi hatinya yang bicara"
Tafsir dengan akal suka berfikir
Bukan mantera juga jampi sihir
Bukan logaritma yang terkandung sifir
Tapi...gunakan akal sebelum kalian mahu dikir..
"Dengarkan, fikirkan, zikirkan, dikirkan"
Kataku ketawamu dekah mereka
Penulisan yang tak beri kesan
Sekadar meluah apa yang tersimpan
Walau tiada siapa pedulikan
Namun hakikatnya inilah realiti kehidupan..
Meraung dalam diri menjerit sakan;
Memberontak hingga letih tubuh jelas kelihatan
Jemu menghadap kegagalan dalam perjalanan
Mana cahaya yang mampu menerangi kegelapan?
Apakah punca yang menjadi halangan?
Perlukah diteruskan lagi perjalanan ini?
Atau berhenti dan melihat dunia ini..?
Dalam kerancakan bingit berbunyi;
Masih banyak ruang sunyi dalam diri
Luas dan besar dimensi ini tapi masih bersendiri
Hendak meratap perjalanan sudah separuh hari
Mahu ditamatkan matahari belum tergelincir lagi
Menanti lembayung senja menjemput pergi
Lari dari fantasi gembira yang menyakiti
Berhadapan realiti kesakitan yang tenangkan hati
Cukuplah puisi terhenti disini
Tak perlukan pembaca sejati
Tak mahukan pengikut fanatik
Cukup sekadar menjamu mata mereka yang melintasi di ruangan ini..
Jumaat, 8 September 2017
Harapan
Cebisan kenangan harapan diberantakan
Wujud penderitaan pabila dilucut kebahagiaan
Timbul penyesalan saat penghargaan diabaikan
Lupakan kesedihan kan kehidupan suatu permainan
Kalah disini, bangkit cuba semula disana
Formasi taktikal corak serangan harus berbeza
Kejayaan bukan datang dari satu hala
Asal mahu mencuba jangan cepat menyerah
Biar calar akibat jatuh rebah
Biar parut lama kembali berdarah
Keringat yang mengalir membasahi wajah
Realiti kehidupan..kita dilahirkan sebagai SEORANG PENJAJAH..
Yang sentiasa mencari peluang untuk berjaya dan mencipta SEJARAH..
Bukan untuk dunia cukup untuk diri sendiri moga kita berjaya di dunyaa wal akhirahh..
Insyaa-Allah..
Isnin, 4 September 2017
Jumaat, 25 Ogos 2017
Khamis, 24 Ogos 2017
Derita sunyi
Biarkan perasaan dilukai demi melihat kau tertawa
Ku ukirkan senyuman palsu agar kau bahagia
Luar tampak tenang, didalam pedih tak terkata
Bertahan demi dia yang kusayang
Tak mahu ku mulakan perbalahan
Kerna ku takut apa yang kusampaikan
Maksud lain kau tafsirkan
Jadi aku diam,rentakmu aku turutkan
Kesepian malam mengunjungi hati yang sunyi
Bertanya aku pada diri sendiri soal hati
Adakah aku suatu persinggahan dalam hubungan ini?
Atau aku telah perbodohkan diri sendiri?
Saat aku lewat untuk beberapa ketika..
Aku pasti menjadi mangsa...
Andai dia diam seribu bahasa,
Tatkala saat itu aku mula risaukan dirinya..
Dia pula bergembira disana..
Bagaimana cara untukku nyata
Sedangkan setiap kata dianggap punca berbalah...
Rabu, 23 Ogos 2017
Nilai kedudukan
Saatku mula merasai bahawa dunia tidak lagi memerlukan,
Kucuba mengatur langkah menapaki jalan digerbang perpisahan,
Kucuba menoleh kebelakang namun tiada siapa saatku perhatikan,
Sedar akan jiwa yang sedang memberontak memaksa diri pergi tanpa perucapan,
Soal kepada hati, mengapa hidup ini keterlaluan saatku cuba bina impian?
Hati membisu tanpa beri gambaran jawapan..
Mungkin sekadar suatu persinggahan
Atau pelenyap sunyi saat diperlukan...
Tertanya-tanya dimana keikhlasan dalam penerimaan?
Mengapa diucapkan kata nista andai diri tak mampu menerima apa kuucapkan?
Kekurangan dan kelemahan dirinya bukan suatu halangan,
Andai ditakdirkan, akan ku ajarinya erti nilai kehidupan..
Isnin, 14 Ogos 2017
Pergerakkan tak sepantas percakapan
Lamunan angan tak seindah kenyataan
Berikan tekanan gandakan asakan
Moga terbuka rongga kesakitan..
Kesakitan yang dulu kau berikan
Tak mengapa aku cuba lupakan, kau kumaafkan
Disindir, dipinggir telan sambil layan perasaan
Mengaji, kaji, uji minda sendiri gerimu kuperhati
Angkuh, megah dirimu berjaya baru sekali
Jangan meninggi diri itu cuma saguhati
Buka mata hati, berapa banyak buah fikiranku dicuri?
Sengaja berdiam diri, kerna ku mengerti titik kelemahan tiap pekara yang ku beri...
Berikan jasa biar mereka menempa nama
Hak ciplak kejayaannya tak kemana
Asli tanpa meniru aku ditahap dunia
Mereka masih meraba mencari jalan nyata
Maaf! Jalan itu terbuka untuk orang gila
Sepertiku yang dahulu mereka hina
Aku tak berkata, senyuman sinis aku belanja
Kini kau meminta, giliranku memulakan ceramah perdana
Jumaat, 11 Ogos 2017
Pada dunia yang penuh dusta
Khayalan nikmat dikecapi seketika
Rasa cinta yang diberi sekadar mengaburi
Menutupi nyata melindungi nista
Jiwa berontak menghentak lamunan tersentak
Cuba berfikir diluar kotak
Cuba mencari positif disuatu sudut terpencil
Melihat lagat insani yang sangat kerdil
Ahhh.. Pedulikan semua ini
Biarkan mereka dengan gawai mereka
Mengejar sesuatu yang batil.
.
Isnin, 31 Julai 2017
Prof cdy
Susun atur kata pepatah juga madah
Pada ritma suara tanpa kelihatan raut wajah
Tak punya alibi jangan pula buat cara sendiri
Pada rentak tempo vokal sebutan huruf jenis manakah kau hakimi...
Institusi intuisi kepada penulisan puisi harus dipelajari
Cause i'm never show 'em my real demons from my words
That's why one by one ran away when I'm come back into this world
Fuck and sleep well in the hell u just waste my time
It's better u keep doing ur little fucking crime
I'm just wanna sit and make rhymed lines...
Yup! Bunyi seperti ada yang terasa
Tapi entah siapakah yang dia yang menjadi mangsa
Realiti 17 pada permulaan 08 jangan terlalu berdrama
Kerna realiti hidup bukan cerita cinta tv tiga
Aku suka bidas dalam puisi aku berkias
Buah fikiran tidaklah terlalu bernas untuk buatmu terasa panas
Cukup sekadar siapa makan cili dia terasa pedas...
Oppsss... Jangan meroyan menangis mengalir airmata satu tempayan
Jika kamu selalu benar mengapa masih mahu melayan
Adakah fisiognomi adinda terlalu tinggi?
Tenang this is just half of my poetry..
Sorry wrote cause I'm feel happy
I'm sorry again from me ROSHIDI..
Ha ha ha ha
Khamis, 27 Julai 2017
Kata jiwa 4
Rindu menyapa jiwa yang duka lara
Dikejauhan kepekatan kegelapan malam
Hanya pena yang mampu menghibur hati yang suram
Kata kias tak minta dibalas juga dibidas
Merayu kasih mengharap rindu terbalas
Segala penulisan berharap dapat dideklamasi
Agar ia mengerti maksud yang cuba dideklarasi...
Kutahu nahuku terlalu berjela untuk tatapanmu
Tak sempurna susunan ayat juga perwatakkanku
Lelah geriku dalam membahagiakanmu
Kini masanya kuterpaksa lepaskan dirimu
Berat buatku, sukar bagiku
Kau kata hapuskan segala kenangan diminda
Percaya ianya tak semudah kata-kata...
Pungguk rindukan bulan
Aku merindui saat kau ukir senyuman
Dalam kekalutan berperang kesedihan
Terbayang tawamu menghidupkan kenangan
Berteman sejarah yang pernah kita lalui
Kini dimensi yang luas dipenuhi sepi
Setiap ruang dan sudut ibarat mati
Terima kasih kerana pernah hadir menemani..
Rabu, 26 Julai 2017
Kata jiwa 3
Buka fikiran lapangkan minda
Muhasabahkan dirimu seketika
Dimana kecerdikkan insanmu berada?
Adakah kegembiraanmu sekadar bermukim sahaja..?
Bukan mencipta revolusi
Bukan cetus provokasi
Sekadar mengajakmu bersama kita cari solusi
Tertulis kehadirannya disetiap notfikasi
Kau sedari namun kau tak ambil peduli...
Realiti kehidupan dalam berkumpulan
Saat terjumpa teman seangkatan
Yang sering hadir kau lupakan
Kudendangkan lagu atas puisi aku ciptakan
Tak sempurna, aku tahu tapi bukan itu aku titik beratkan
Aku puisikan bersama maksud untukku jadikan pesanan
Semoga kau memahami kalam yang kuucapkan..
Kata-kata nahu, sepuluh jari dihimpun bersatu
Maaf andai kataku mengguris hatimu
Bukan membongak atau mendabik dada dalam lagu
Kusedar lidahku tak selincin kuku
Ini sekadar nukilan azimat dari blog aku
Selasa, 25 Julai 2017
Dimana hala tuju
Dia mengajukan soalan
Aku cuba puisikan
Engkau cuba meriuhkan
Kamu diabaikan
Jemaah bermukim cuba menunjukkan
Sikap berantakkan juga berontakkan
Cuba mewujudkan mukim keriuhan berkawasan
Dimana segelintir umat terpinggir seakan halimunan
Jangan, cuba hidup api perbalahan
Hanya kerna sikap mahukan perhatian
Bukannya kamu harus semua mata tumpukan
Bukan jua dia harus kamu sisihkan
Tapi sampai bila harus kamu teruskan
Mencari saat kamu perlukan?
Bukannya hantu yang kamu harus seru
Namun, perdamaian wujud saat kamu bersatu
Bersatu seperti seangkatan tentera bersekutu..
Kata jiwa 2
Perjalanan yang seksa
Bermandi terik mentari duka
Bukan niatku meninggi suara
Cuma terkadang setiap kata aku terasa
Paranoid akan kisah lama yang lara...
Dibayangi dihantui kisah menyakitkan hati
Terhasil puisi berdasar kisah yang aku lalui
Berparut luka terasa hanya aku yang merasai
Terhasil puisi kerana otak kerap tekan tubi
Berjasa kepada pembaca macam pensil 2B..
Kini kulayarkan kehidupan dilautan kesepian
Berteman angin kerinduan bayu kesakitan
Aku ubati dengan kiasan perucapan
Tak pandai mengatur perkataan
Tapi cuba cipta kesempurnaan
Agar berselera apabila mereka membaca..
Isnin, 24 Julai 2017
Kau
Aku mengenang namamu
Seorang yang telah yang pernah hadir dalam hidupku
Yang pernah bertakhta suatu ketika dahulu
Yang pernah tacap duri dalam ingtanku..
Engkau hadir dan pergi bagaikan permainan mimpi
Yang membuatku tertanya siapa sebenar diri ini
Sehingga aku terpaksa bertanya kepada diri sendiri
Sewaktu duka engkau datang kesini
Sewaktu engkau suka kau berlalu pergi...
Hidup dipentas lakonan drama dusta
Kisah cinta, yakinku ia pengakhiran duka
Semua kata nista darimu kupercaya
Segala kataku kau anggap dusta
Diri dipersalah kerana cuba turuti permintaan dunia
Yang sengsara, yang menderita, yang berparut luka
Hanya diriku menanggung segala
Engkau bebas ketawa bangga
Kerana berjaya dalam permainan yang kau cipta
Kata jiwa 1
Pada senja yang melabuhkan tirainya
Bersama jiwa sepi penuh rindu sengsara
Membisik suara mendayu mesra
Dipenghujung hari gelita perlahan menjelma...
Kekalutan silam mengusik fikiran
Memburu ingatan sekadar menambah kesakitan
Melumpuhkan kudrat seharian
Kini jiwa bergelut dengan peperangan khayalan...
Dalam kelam jiwa sepi berpuisi
Setan dalam minda sibuk memyanyi
Menghantui setiap keputusan dan juga geri
Puisi jiwa mati berlagu irama lumrah duniawi...
Biar terbuang jasad kelembah sunyi
Biar terdampar kedasar dimensi yang tak berpenghuni
Hidup sekadar untuk menghabiskan riwayat
Cuba berbakti selagi semua ini masih sempat..
Ahad, 23 Julai 2017
Kata-kataku
Disaat aku mulai membisu,
Tak kan ada lagi kedengaran puisi bersulam bahasa baku
Tiada lagi kata-kata nahu
Rindu yang dahulu membeku kini cair mengalir seperti keringatku...
Aku membisu saat dunia membelakangkanku
Dunia hanya tahu berlagu kisah mereka nan sayu
Merayu, entah siapa aku saat mereka datang bertemu denganku,
Cuba aku kenangkan, cuba aku fikirkan, tapi tidak aku mahu sangkalkan
Zikir puisi yang dicipta, dikir setiap ayat dalam berlainan rentak irama
Memori tercipta dari setiap perbuatan, ucapan berkata-kata
Pendusta, sering menyata perkara nista, itu aku padamu penilaian melalui mata..
Cuba mengatur langkah keluar dari kesakitan nyata
Pejamkan mata hayati halusinasi dari pandangan kaca
Mengejar kabus dari gisim padat sinar bak permata
Dalam sunyi aku berpuisi, menyanyi, abai suara memaki
Cerah aku tetap disini, kelam malam masih jua ku disini
Jangan bertanya, jangan cuba mencari
Jika memerlu aku cuma perlu seru tak perlu irama lagu
Aku kan tiba jangan terkejut andai ku muncul dihadapanmu
Selesai tugas, aku berlalu ghaib bagaikan hantu.....
Khamis, 20 Julai 2017
Kacang lupa kulit
Pada kehidupan yang tak pernah adil
Berkorban sebanyak mana diri tetap dianggap jahil
Manusia mudah melupakan jasa lama
Yang berjuang dianggap derhaka
Yang hadapan mata dianggap mulia..
Ya... Si Penderhaka ini yang dulunya suka berkorban
Sekarang dia ditentang, kata-katanya diabaikan
Susah manusia dia dihadapan untuk berlawan
Senang manusia, ditendang macam haiwan..
Rabu, 19 Julai 2017
Catatan diri aku
Aku tersenyum sipu bila kena tipu,
Jadi aku membisu sambil perhati mainanmu dari satu sudut yang dunia tak tahu dimananya aku....
Engkau ketawa gembira dengan rasa bangga,
Tanpa sedari dibelakangmu ialah karma sedang menanti masa untuk menerpa....
Aku tersungkur rebah sujud kebumi, aku bangkit berdiri sejurus engkau berlalu pergi, aku perhati kau menyanyi tanpa muzik wajahmu menampakkan kau senang hati...
Dia terkedu perhati kehadiranku "adakah mimpi bila melihatmu"?
Tenang, jangan khuatir mahupun bimbang, aku sudah mati tapi kubur pula tendang aku kemari, selesaikan masalah dengan cara tersendiri, biar tinggal parut tak berdarah, biar sakit tak bisa kebah....
Cara kerja gaya ernesto 'che' guevara, aku bukan buta, jadi jangan halang bila aku mula berkerja..
Aku mula strategi dengan menulis puisi, disana aku kias disini aku libas, didepan aku pasang jerat mati dibelakang aku pasang kawat berduri..
Sepuluh menyerang dalam genggaman tujuh pasti tumbang, tinggal tiga cuba bermain bayang, mahu umpan aku? Maaf kamu silap orang..
Jangan kerap putar belit setiap maklumat, jika ku tahu perkara sebenar mukamu pasti lumat, terkena ciuman buku lima naga keramat, pasti menyesal tiada guna sapu minyak gamat....
Aku bukan ikan sepat, yang kau mahu tunjukkan kau punya ligat, aku bukan bacul yang sering berpindah tempat, jadi guna akal jika mahu potong aku jadi lapan kerat....
Aku menulis kerana masih berdendam, jiwa sengsara tangan terketar ditengah malam, hati jadi suram selagi jasad kau tak ditanam....
Opppsssss, maaf!!! Aku terlupa, aku bukan Tuhan yang mahu tentu tarikh mati, engkaulah tuhan sebenarnya yang suka menghakimi segala geri aku, hingga neraka tempatku yang abadi..
Katamu itu masih aku ingat selagi jasad aku tak dikebumi..
Selasa, 18 Julai 2017
Dalam nada kecewa aku cuba untuk bersuara
Bicara tentang perkara hampa dan duka
Bukan kepada manusia tapi pada hati yang lara
Yang sedang leka mendengar irama harapan hampa....
Coba tak diperhambakan duniawi
Namun kesukarannya menguji kesabaran diri
Rindu kenangan silam sewaktu rumahNya aku hadiri
Merindui laungan suara sendiri berkumandang sewaktu dinihari
Sewaktu sebahagian manusia bangkit dari mati
Pulang ke alam nyata setelah lama mengembara dialam mimpi.....
Masa berdetik sambil menghapus jejak langkahku
Dimensi diri semakin sesak dipenuhi bayangan dosa lalu
Jiwa didalam jasad meraung menangisi perkara yang sudah berlaku
Tangan mengenggam buku lima dengan kuat tanda fikiran menemui jawapan buntu
Sambil berbisik kepada hati dimana destinasiku?
Kini hanya mampu meratap dan berharap
Walaupun tidak kedengaran suara sewaktu berucap
Ketahuilah bahawa nafas ini mulai tercungap
Penat kerana terlalu banyak perkara yang buatkan aku sering berentap,
Menentang mereka yang suka memberontak menggunakan bahasa kudrat, tidak kenal erti penat walaupun jelas ternampak tenat, tapi mereka meneruskan hingga nafas tamat..
Tentang aku
C.D.Y cuba cetus revolusi dengan gaya tersendiri
Hak cipta terpelihara tanpa meniru sesiapa, sekadar general malique sebagai idola
Aku menulis untuk luahkan apa yang kurasa dan pendam didalam dada
Bunyi seakan lirik tapi tak sempurna tanpa ritma muzik
Mungkin juga seperti puisi, namun susunan ayat buat mereka sukar memahami
Jadi nukilan tulisan aku karang mengikut suka hati
Niat utama hanya ingin kias mereka yang suka menindas
Terkena tempias jika tidak puas cuba pula membalas
Mungkin mereka anggap aku lembab dari pertuturan dan juga sikap
Tapi percayalah, lambat pick-up diri aku pasti buat kau tersentap
Kerana prinsip utamaku ' jangan suka menghisab '.....
Aku pejam mata saat jarum timur dan barat bertembung dititik sifar
Mata terbuka saat dunia mati dalam jasad yang bernyawa
Tersedar dari mimpi ngeri lantas lidahku menyebut istighfar
Moga fantasi tidurku tidak mengikut dari kasur masuk kealam fantasi nyata,
Mata segar terbuka, terdengar pena memanggil nama tanda masa kias bermula
Siapa mangsa? Cuba baca semula setiap petikan yang kurangka diselang masa
Pastinya dialah orang yang aku jamu nasi berlauk cabai melaka
Hahh haaaa, sakit hati dengan hamba punya ketawa?
Jika ya, siapa suruh mula sengketa?
Rentak hidupku laju seperti rentak lagu
Pena hanya tahu jerit laju... Laju... Laju, kertas membisik tunggu dahulu
Biarkan mindaku memandang visi hadapan sepintas lalu
Kerana saat itu dia sedang berehat seketika sambil menikmati angin bayu,
Aku menulis berharap agar ada nasihat yang bisa engkau turuti
Agar ada larangan yang perlu kau jauhi
Jika perlu, nasihatku rujuk kalam suci milik Ilahi...
Kata-kata nahu, mungkin setakat itu ucapan tulisan dari profesor serba tahu
Lain waktu jika aku mahu,akan kuceritakan lagi kisah tentang aku
Yang tak sehebat tulisan komposer lagu cinta dan rindu
Dibalik awan ribut, terdengar panggilanmu kekasihku, tunggu aku disitu kerna aku ingin beradu terlebih dahulu,
Maafkan aku kerana terlalu leka melayan kerenah pena dan buah fikiran minda
Saatku tiba disana, kita bersatu selamanya tak perlu lagi bebankan kepala
Mata terkunci rapat bersama tanah pasti tidak terbuka...
Ucapan maaf sekali lagi, aku akhiri kerna buat kalian semua baca tanpa henti
Jika ada sumur diladang, inginku tumpang sejukkan diri
Jika hayat umurku panjang, aku coretkan lagi puisi hati mati
Jika baca tanpa alunan muzik pasti sunyi
Jika mahu lebih sensasi pasang muzik, puisiku kau baca dengan rentak RnB
Sekali lagi dari mula cuba kau nyanyi..
Thanks to all especially you my eternal lovely..
Jumpa lagi..
Isnin, 17 Julai 2017
No title
Sebermula bertelingkah ku terpaksa diam, dengar patuh setiap keputusan yang engkau cuba putuskan,
dalam bingung aku cuba jelaskan terangkan huraikan tanpa kesimpulan pada alasan aku dihukum 'penipu sepanjang zaman'',
Aku turuti bukan kerana aku bersalah,
tapi cuba tunaikan permintaan yang kau selalu ucap tiap kali kita bertelagah..
Maafkan aku, atas kesalahan masa lalu
Mungkin itu punca kepada setiap perbalahan yang berlaku
Hingga buatmu tak percaya akan kataku lagi
Aku terpaksa lepaskan kau pergi , sukar namun harus kuakui yang aku sebahagian mimpi ngeri...
Aku takkan melangkah pergi walaupun ku tahu hubungan ini bakal sunyi,
Tiada gelak tawa yang mampu menghiasai ruang dimensi ini,
Aku akan terus disini untuk perhatikan setiap geri ..
Agar dapat ku tahu bhawa kau sntiasa sihat selalu
Ahad, 16 Julai 2017
Gunting dalam lipatan
Disini ada pesta, datang tak diundang pulang kena halang, dia kemari nyanyi lagu bernada sumbang,
Datang tak diundang pulang kena halang, dia kemari nyanyi lagu bernada sumbang...
Tasik yang tenang jangan disangka tiada naga
Jika mahu tahu cuba berenang mengular didalam airnya..
Bila naga tiba, ular lari menjalar merata, naga tiba ditasik satu rimau dan satu singa didarat sudah sedia, naga lena sudah terjaga, naga diam kini bersuara, rimau leka tidur kini mula buka belangnya, singa dulu menikus kini tajam perhati mangsa..
Bukan nk mendabik dada atau saja menjaja cerita,
Tapi ini kisah pengawas kawasan mulakan agenda,
Mungkin kerana bosan atau lama tak cuba beradu tenaga, jadi dimulakan dengan kisah dongeng sikacang lupakan kulit, dia mahu bikin wayang kulit, akhirnya tersepit tak sempat menyelit, banyak salah mungkin buat dia rasa seperti nasi himpit..
Mengapa mesti cari sebab dan alasan, sedangkan kesalahan sudah lama saya lupuskan dari ingatan, walaupun najis kau tinggal disetiap gudang emas yang aku berikan? Kini kau mula merasakan bisamu mampu membunuh naga dengan satu patukan? Jangan pandang musuh sebelah mata jika tak mahu sengsara...
Hormat jangan meloncat, ingat asal usul kau punya tempat, siapa dirikau sebelum merempat? Mahu serang tunggu masa yang tepat, jangan menyerang ikut firasat yang diselubungi hasad..
Mentari merah diufuk timur
Saat Mentari merah diufuk timur
Saat tiada guna lagi rayuan suara mohon ampun dan tafakur
Saat manusia tak peduli karektor kartun kantor dan karikatur diktaktor
Saat dunia sabar menunggu masa wisel ditiup dan seluruh isinya hancur lebur
Tiada yang tertinggal hingga yang kedua pula berbunyi
Memanggil semua penghuni bangkit dari kediaman abadi
Saat kau,aku,dia dan mereka masing tak peduli hal orang alami
Resah, masyghul memikirkan nasib yang bakal dihadapi...
Saat itu, jika kau baru mengerti apa yang ku ungkapi sebelum ini didalam puisi yang pernah aku karangi, pasti kau fahami apa isi yang aku "mengarut" selama ini. Buka matamu bermain segala fantasi, Saat terpejam matamu bermulanya cerita realiti.
Aku bukan ahli nujum,
Yang dapat meneka perkara soal hadapan
Aku juga pendosa dalam setiap percakapan, perbuatan
Tapi adakalanya aku punya kebaikkan yang dijadikan amalan
Andai kataku beri beratus nasihat, turutkan
Andai punya berjuta hasutan kejahatan, abaikan
Andai dapat menghiburkan, dendangkan
Andai dapat menceriakan, bacakan
Tiada paksaan, tiada suruhan sekadar menulis apa yang ingin diungkapkan....
Sinar 2
Gapai impian tinggi sampai kebulan
Terlupa akan daratan yang pernah dipijak
Terlalu mengejar impian hingga disakiti kata harapan
Jatuh rebah kebumi hingga tidak dapat dijejak..
Kerana terlalu asyik dan leka bermain dengan mimpi
Hingga tak bisa membezakan realiti dan fantasi
Sejuta bayangan indah cuba mengaburi
Hingga tak sedar yang diri telah disakiti
Darah yang mengalir kering dibakar mentari
Yang tertinggal hanya parut kenangan cinta abadi...
Rebah jatuh tersungkur sujud kebumi yang tandus
Bingkas bangkit cuba melawan arus
Yang dikata tidak itu yang hatiku berbisik harus
Yang disuruh itu, hati berpesan hati-hati permainan halus
Sudah serik aku lalui beribu haluan berliku
Hingga disuatu destinasi kau kutemu dalam pertengah hayatku
Takku persalah hadirmu, takku kesal memilihmu
Diriku punca engkau berlalu sebegitu
Sempurna dirimu perwatakkan, pertuturan, kejujuran,
Sejujurnya dirimu hingga kini tak kupersalahkan...
Kucoretkan puisi, kutuliskan bisikan isi hati
Dalam berantakkan naluri hati sedang menangisi
Rela dalam keterpaksaan ku melihat kau melangkah kaki
Aku biarkan kau menganggap bahawa ku undur diri
Namun hakikat realiti ku masih disini menanti
Andai kau kembali ku terima kembali
jika bahagia yang kau cari sudah dimiliki
Biarkan saja aku bertapak dinisan perhubungan ini..
Sinar
Hadirmu, tak pernah aku duga masanya
Tak pernah ku persoal kenapa
Ibarat cahaya yang bersinar ditengah kegelapan
Menyuluh menerangi sepanjang perjalanan
Namun.....
Cahaya itu makin malap ruang cerah mulai gelap
Dimensi riuh perlahan menjadi senyap
Dalam gelitap kucuba mencari haluan
Haluan yang kurasa ianya benar destinasiku
Rupanya ia bawaku ke jalan yang penuh liku
Kini.... Aku hanya terus menunggu disini
Biarkan perjalanan ini terhenti tak perlu diteruskan lagi... Sehingga sinar itu muncul kembali..
Ahad, 9 Julai 2017
Jumaat, 7 Julai 2017
Terperangkap dalam jerat sndiri
Ia mengacah difikirku melatah tapi tanggapannya salah
Aku tak bersalah knapa hrus tnduk mengalah?
Pantang menyerah sebelum mula perang anak panah...
Aku berikan kiasan dalam perbahasanku timbulkan kau punya setan
Opps..maafkanku, mulut pena jari keyboardku tak punya insuran
Tapi yang pastinya dendamku bayar secara ansuran...
Aku bukan penghukum tapi sikapmu selalu buatku dihukum
Tempis kias ayat atas kertas, disusun ayat tapi tak mengikut komsas
Tatabahasa, perumpaan kata ku atur jadi teka silang kata
Peribahasa lama dihidupkan melalui selitan tulisan sasterawan sawan
Kawan makan kawan, kawan jadi lawan, dendam tinggi keawan
Balas perbuatan dalam senyuman, dia terima dalam tangisan
Melutut merayu mendayu bisikan syahdu tolong ampuni aku
Maaf, jiwa hitam mula menghantui setiap pelusuk liang romaku
Sekarang aku bebas dari fitnah mengancam nyawamu
Kepala harimau bersilang parang-keris ukir senyum sinis
Pegawainya menyatakan kiasan umpama kekerasan tapi hasilnya kedamaian
Akal cetekmu tak dapat menghuraikan kiasan aBANGSAWAN..
Isnin, 3 Julai 2017
Aku, kamu, dan hantu menipu
Diseru pasti datang, bukan jampi serapah cara panggilan
Datangnya jika diundang, jika sekadar gurauan jangan ditanya mengapa tiba-tiba merasai kesakitan..
Bukannya hantu ciri kewujudan, bukannya setan untuk cetuskan hasutan,
Asyik berangan jangan terlalu tinggi kebulan,
Dia pasti mengekor meskipun dia bukan angkasawan,
Dalam kutukan dan mengata jaga tutur bahasa, dia muncul tak kira masa,
Bukan kerana hobi tapi sekadar suka,
Tapi dia mahu yang lain turut merasai kesakitannya juga..
Jika dahulu, siang dia memburu, malam waktu untuknya berlagu
Sekarang, setiap masa adalah waktu memburu
Siapa mangsa kita semua masih tak tahu
Baik berjaga-jaga, dindingkan dirimu dengan ilmu
Jika malas, tepat dua belas cuba toleh kebelakangmu,
Andai terhidu bau, ketahuilah dia memang sangat dekat dengan kamu..
Jumaat, 30 Jun 2017
Yang Kurindu Yang Satu
Sengaja penulis cuba cipta lirik lagu sendiri yang tak punya penyanyi untuk uji tahap pemikiran penulis sendiri..
** Usahlah bersedih, usah menangis lagi, ku 'kan sentiasa berada dihati. Hapuskan resah yang menyelubungi, bila malam hadir dalam mimpimu ku kan datang menemani 'tuk menghapus segala sepi **
Verse 1 (rap) ::
SATU untuk cinta, Dua insan dilamun asmara, Tiga bersama impian kita jadikan kenyataan. Namun dua dan tiga bakal pergi dari sisi, dan tak lagi menemani hari-hariku yang sepi.
Yang tinggal cuma Satu, aku dan cinta, malangnya kau tak bersama disisi jadi cinta itu kukuburkan didalam hati. Namun Satu tetap kekal disitu, Yang Maha Mendengar juga Maha Tahu, Hanya Dia Mengerti apa yang ingin cuba kuadu, kerna Dia telah melihat sebelum aku melalui.
Yang berlaku biarkan berlalu, parut luka seribu rindu dihati padamu seakan tiada nahu untukku berlagu.
Sendu hiba pilu masih mengawal emosiku, maaf kerna gagal dalam mencuba untuk melupakan tentang dirimu
** Usahlah bersedih, usah menangis lagi, ku sentiasa berada dihati. Hapuskan resah yang menyelubungi, bila malam hadir dalam mimpimu ku kan datang menemani 'tuk menghapus segala sepi **
Verse 2 (rap) ::
Dakap dirimu dalam bayangan kenangan semalam, bukan berhalusinasi walaupun ia muncul dikepekatan malam, aku tahu apa yang terjadi, ku tak mahu Si Pembenci hadir beri teori, idealogi mahupun jampi madah penguat semangat diri.
Hanya kerna aku masih disini ternanti-nanti pengakhiran kisah ini, " Bunga bukan sekuntum" pepatah jemu yang sering aku dengari.
It's doesn't change my momentum in every moment when I'm write about then I'm tryin' to record my voice when I'm rap these lyrics.
Tiada lagi celoteh juga gelagatmu untuk buatku terus tertawa hingga sawai, lantas aku
Cuba perah segala kudrat mengejarmu(sudahlah)
Rebah, tersungkur bingkas bangun kembali memburu(tak usah)
Cuba satukan harapan yang musnah(Jangan siksa dirimu)
Namun sayang, kau terus pergi tanpa menoleh lagi
** Andai takdir telah tertulis dalam kitab riwayat kita, sejauh mana kupergi pasti kembali jua ~cukup! Hentikan ucapan pengharapan yang sering kau katakan~
Bersabar dan tabah wahai kekasih, restui pemergian kali ini, kemana aku menapak kau tetap didalam hati, Andainya ku tak bisa tepati apa yang kujanji, Berjanjilah bahawa kau perlu teruskan perjalanan ini tanpa diriku lagi**
Ending verse Rap ::
Kerna Satu sentiasa wujud, setiap katamu kuturut, meskipun hayat minda makin luput.
Kerna Satu Sentiasa Mendengar, perjalananmu kuiring bersama doaku disetiap waktu,
Semoga ingatanmu padaku sama seperti ingatanku padamu, takkan pernah pudar dan layu,
Hingga pengiring ghaib datang mengajakku pergi bertamu disebuah persinggahan untuk bertemu Yang Satu...
*~kau tetap kurindu~*
Warkah untuk Ayahanda
Ku dakap bayanganmu dilembah kesunyian,
Kau pegang erat tanganku sewaktu berjalan,
Kau sering menasihati dan beri pesan,
Ajarku erti ketabahan dalam kehidupan sewaktu kau mulai pergi berseorangan..
Pengembaraanmu diiringi tangisan pilu,
Meskipun kusendiri lihatmu bersemadi disitu,
Namun tiada tangisan dariku pada ketika itu,
Kerna sebelum kau melangkah, aku telah melakukan perkara itu,
Peristiwa itu segar, tak pernah luput mahupun layu,
Walaupun disaat itu aku masih mentah dan tidak tahu mengapa jadi begitu..
18tahun masa pantas berlalu tanpa sedar,
Ingatanku padamu tak pernah pudar,
Sepertinya ingin kukembali ke zaman 99,
Dan terus ingin kekal disana tanpa ada nama terukir dinisan,
Tapi segalanya amat mustahil untuk diputar semula,
Dan ini adalah ketentuan takdir dari Yang Esa,
Siapalah aku yang mahu menentang segala peristiwa sedangkan aku cuma hamba yang hina...
Banyak... Memang banyak perkara yang sengaja aku pendam, aku mula bicara saat dunia mula terdiam, aku melihat dimensi diriku saat mata manusia mula terpejam, kudakap dirimu dalam anganku bila suasana mulai kelam..
Satu perkara yang aku pelajari namun aku masih tak mampu menghadapi ialah
" Yang digenggam tak semestinya kekal disisi, tabah dan sabar jadi akar tunjang penguat diri"...
Saat mata terbuka, ketahuilah bahawa itu hanya bayangan fatamorgana. Bila mata mulai tertutup, nafas tiada lagi didada, disitulah realiti kehidupan bermula...
-Al Fatihah-
Hamzah bin mohd Salim
Khamis, 29 Jun 2017
Hated this painful memories
Some peoples said I'm crazy, but they didn't know that half of me is a dead body, yeah! Just a little bit crazy but I'm still feel great since when dope hit me..
But it's happen a few years ago before I'm started writing, now i don't need it cause my body have a two personality,
First, when i not too much talking, but my mind always keep thinking..
Second, always talking but easily changed to hot-temper..
Rabu, 28 Jun 2017
Antara kudratmu dan tulisanku
Jangan..
Pernah tunduk pada bayangan yang penuh tipu daya
Yang hadir berkilauan cahayanya belum tentu ianya permata
Pandangan mata dihiasi keindahan ciptaan sang durjana
Andai Pelita dalam jiwa tidak marak apinya
Maka binasa dalam sesalan yang akan kau terima
Jangan..
Disebutkan bahawa esok akan menjengah kita
Soal pekara yang bakal mendatang itu rahsia Dia
Lima tapak bakal dibuat kau sendiri masih tertanya-tanya
Tiga puluh minit yang bakal tiba kau masih bertanya
Bukan ahli nujum untuk kau hormati dan hadam setiap apa yang aku cerita..
Kataku tak bisa membunuh dirimu, tapi kiasanku mampu buat kau membunuh diriku,
Bukan dari kelulimu penentu ajalku, bukan dari kudratmu penentu liangku, juga bukan dari kataku penentu akhir nafasku..
Mulutku takkan bersuara, cuma tangan, pena atau mungkin skrin bercahaya saja akan bercerita..
Cerita mereka bukan kisah novel cinta, tapi cerita kiasan dibalik setiap ayat yang mereka kata..
Lidahku kaku sengaja aku biar begitu agar suaruku sentiasa bisu dari pendengaranmu, tubuhku sengaja membeku agar senang buatmu untuk menikam dimana kau mahu, lepaskan segala dendam kesumat yang kau ucap dulu, aku takkan melawan pahlawan kampung sepertimu..
Tapi JANGAN lupa bahawa, tiga benda yang pasti akan bercerita segala rahsia, cuma akhir kataku
"Kullu nafsin zaa iqaatul maut"
All happen from my mistake
" dalam kehidupan yang sering dibayangi pekara membuta-tuli,
Pengorbanan adalah sebuah pekara yang bodoh yang masih wujud dalam dimensi ini,
Kita sering merasakan sesuatu tindakan adalah sesuatu pekara terbaik, namun pekara terbaik itu jugalah yg buatkan kita jadi hamba kepada duniawi,
Mereka menggunakan kuasa mereka untuk betulkan setiap geri,
Sedangkan aku, masih rebah merangkak akur pada janji,
Walaupun visi sering dikaburi mimpi ngeri,
Dalam akal yang separa normal masih damba mimpi jadi realiti,
Bayangan kekalutan setiap kenangan cuma hukuman,
Yang manis hidup mekar tak terkira bilangan,
Yang pahit masih menjalar liar danku masih gagal singkirkan,
Setiap kata didengari cubaku iakan,
Berharap ini yang terbaik utk masa hadapan...
Tapi diriku bagimu, dianggap sekadar boneka,
Gerakkan jari untuk pstikan ia terus tertawa,
Bila bosan mulai jelma Campak bakar tikam saja,
Saat tiada tempat untuk berbicara tentang duka lara, kau tahu dimanaku berada..
Yup,I'm still young and still have a future,
But I'm just a puppet that u come take me at here, anytime at u want i always here till the day when my creator call me to come back from where i came before..
Life is full of bullshit thing, people can make a promise everything, but when you'll wake up from ur sleep, u will realize that u nothing..
That's why I'm always sing a song "road to nowhere"..."
~when life is over, this suffer pain will be heal more faster~
Selasa, 20 Jun 2017
Penulisanku
Dengar,
apa yang dibicara meskipun hanya terpaksa
Bisikan manja terbuai angan dalam kerelaan mendera
Bayangan bahagia yang dijanji hanyalah mimpi saat terlena
Bila mata terbuka, bahagia itu adalah sengsara yang penghujungnya entah dimana..
Lihat,
Perhatikan gayanya saat ia mula berjalan
Perbuatan dilakukan bukan nilai sebenar perwatakkan
Yang ditonjolkan hanya kepalsuan untuk terus menjalani kehidupan
Demi habuan, ganjaran, lenyap segala impian yang pernah diciptakan...
Mungkin tulisan seakan orang sedang khayal
Tapi itu adalah hakikat dari pandangan mata ini
Kataku tak membunuh atau memakan diri
Sekadar coretan apa yang terbuku dihati
Isnin, 19 Jun 2017
Bukannya buta hingga tak nampak, juga bukannya pekak hingga tak dengar, buka minda positif untuk cuba memahami setiap larangan diberi, biar hodoh dimuka tapi jangan bodoh diminda, jika cuba menginkar pasti ada akibatnya...
~Sepatu berkilat, gaya pegawai pejabat, cerdik pelajaran, tak bermaksud bijak perwatakkan, simpan sifat bebal juga dungu, mungkin berguna untuk anak cucu~
Bukannya tugu juga batu, buka mulut terus bertanya jika tak tahu, dari jauh aku perasan gaya bongkakmu, sengaja aku butakan mataku dari terus melihatmu, bukannya raja untukku kejar dan bertanya, brader cari apa? Benar orang kata, biarkan sikeldai dengan angkuhnya, dipenghujungnya dia pasti akan sedar kewujudan aku disini untuk apa...
Mata sepet
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti;
Hutang emas bisa dibayar,
Hutang budi dibawa mati.......
Yuk, ada sebuah cerita yang sengaja direka, bukan niat nak mengata atau menghina, cerita kisah rakyat jelata, seorang hamba datangnya entah dari mana, sejarah bermula saatku sedang berkuasa, kerja harianku menghadap kerenah manusia yang selalu mengejar masa, kudratku diperah bagaikan diriku tak punya jiwa, diam dan perhati adalah sifat sebelum mereka aku jerat, didepan lagak baikmu mengalahkan malaimat, berpaling muka terus digajikan kata damprat..
Dia merasakan dia cerdik tanpa dia duga, bahawa orang dalam genggamannya aku sudah penjara, caci makimu aku dengari, makiku kutukkanku kau masih pekak,
Kau hairan saatku berkias, kau cuba juga sepertiku tapi kau sendiri yang panas,
Hey dude! Jangan disebut soal jasa, kerna ringgit kubayar ringgit, jasaku kudratku serta gerak kerjaku masih kau belum bayar hingga nilainya sama tinggi dengan timbunan buku,
Think before what u said, i didn't think it's too late for u to pay my debt, you're never can afford to pay it, so keep shut up your fucking mouth, because this time to
King to take a rest without hear about your doubt..
Warkah akhir
Lambaian terakhir dalam pergelutan diantara ruang dan masa
Senyuman terukir sebelum melangkah pergi meninggalkan dunia nyata
Mengimbas segala kenangan bagaikan baru semalam kita bersama...
Sukar untuk dikatakan, mahupun untuk diceritakan
Cukuplah sekadar kenangan itu hidup dan terus mekar diingatan
Yang 'kan berbunga sentiasa dan tak layu sepanjang zaman...
Indah lagu kerana lirik dan melodi
Indah hariku yang berlalu kerana dirimu disisi
Senda tawa tangisan duka sewaktu berdua memenuhi ruang memori
Tak bisa 'tuk dipadam apatah nak dicampak jauh dari diri ini...
Lumrah kehidupan, datang dan pergi sentiasa terjadi
Sabar, redha, ikhlas, ini semua ketentuan Ilahi Yang Lagi Mengerti
Pasti yang terbaik telah Dia tetapkan untukmu
Kemarau bahagiamu akan berakhir setelah ketiadaan diriku
Doaku sentiasa bersama disetiap hembusan nafas dan langkahmu......
Jumaat, 16 Jun 2017
Today my words
Indah mimpi semalam bersulam dendam terpendam,
Hati sekeras batu hancur terkena pujuk dan rayu,
Angan impian ingin kenyataan lesap saat mata mulai terpejam,
Kini cuma berteman melodi sendu berlagu pilu...
Dalam pergelutan, cuba memisahkan pertengkaran hanya kerna mahu kedamaian, dia hadir berikan ketenangan, sungguhpun kehadiran tak berkekalan, tapi ia meninggalkan sejuta kenangan. Situasi makin runsing, perselisihan fahaman buatkan keadaan makin genting, gosip liar makin memenuhi ruang sekeliling. Dimensi diri makin menyepi, seolah dunia serta seisinya sudah mati, tiada lagi kata pujuk rayu supaya dapat kembali kesisi, bila Pemilik Hati Yang Sebenar memanggil pulang ketempat hakiki..
Khamis, 15 Jun 2017
Mungkin
Mungkin separuh mindaku hilang sifat kewarasan, tapi masih wujud lagi nilai kemanusiaan,
Mungkin kerna terlalu banyak kesilapan, sehingga mereka yang berdendam tidak mahu ampunkan, tapi hanya kerana lidah pendusta berjaya meracuni fikiran dengan gerakku yang sering kau perhatikan, lantas kau menghukum tanpa beri ruang penjelasan..
Mungkin layanan aku terhadap dia yang tak pernah aku anggap apa-apa, kini kau mengesyaki aku tak pernah ikhlas dalam selang masa,
Mungkin silapku kerana terlalu pejamkan mata, tiada ketegasan dalam bersuara, lalu aku terima setiap maaf yang dipinta,
Cuba lakukan yang terbaik demi bersama namun kekurangan dan kesilapan lama yang menjadi batu penghalang untk bersuara...
Mungkin kerana terlalu lama diri dipijak oleh mereka yang bersifat diktaktor, cuba hapuskan aku dengan cara kotor,
Mungkin kerana keakraban dalam hubungan persahabatan yang terlalu lama, mereka menyerang aku dari sudut pandangan buta,
Sekarang aku harus terima balasan karma yang tidak pernah lena,
Aku tiada, kau mereka bersorak gembira
Tanpa perlu fikir atau bayangkan bagaimana rasa kecewa
Kalian kalungkan aku dengan sejarah silam hitam bersama dendam membara
Aku terima dengan senyuman palsu sambil menyembunyikan marah didalam dada
Kalian akhiri ucapan dengan sumpah seranah
Aku undurkan diri tanpa mengangkat wajah
Mungkin didalam hati kau aku layak terima sebegitu
Bila tiba masanya, hantu dalam diriku akan diseru
Tanpa memilih bulu, semua akan merasai apa yang aku lalui dahulu..
Isnin, 12 Jun 2017
Biarkan aja
Mata bertentang, kita saling memandang
Tersembunyi rahsia ingin dibicara
Dibalik senyuman sinis ada sesuatu ingin kau ungkapkan,
Kebaikkan palsu, omongan menipu, hasutan rakanmu terus kau hadami, tanpa meniliti, aku kau mengesyaki hingga sumpah seranah bersarang atas diri ini..
Kegembiraan mereka sorak keriangan atas kedukaanmu, kesedihanmu, kehampaanmu
Hapus airmata, padamkan kesedihan lara, andai itu kau pinta aku terpaksa terima
Tak mengapa! Aku akui sungguhpun tidak ku tahu apa punca yang terjadi
Mungkin kerna sejarah silamku buatkan mu paranoid akan pekara serupa
Sabtu, 10 Jun 2017
Maafkan aku
Aku tidak pernah melangkah pergi mahupun menjauhkan diri, cuma aku sengaja mendiamkan diri pada saat ini sambil merawati kelukaan yang berparut dihati...
Seandainya tiada lagi ruang untukku kembali padamu, dalam keterpaksaan aku cuba merelakan pengunduran dirimu dan melihat kau berlalu pergi sebegitu dari hidup ku...
Jumaat, 9 Jun 2017
Persoalannya..
Kesepian menyelubungi kebisingan ditabir tirai kekalutan,
Sebuah perhubungan yang dipenuhi persoalan akan makna keikhlasan,
Dimana hari-hari yang ditempuhi sentiasa meragui setiap geri,
Mungkin terlalu berpegang pada setiap janji,
Lantas setiap kebaikkan yang diberi ia menyangka itu adalah cubaan untuk mengkhianti.........
Bila diri dicampak ke dalam ruang berpenghuni sepi,
Lantas teringat akan segala janji akan bersama hingga akhir nanti?
Andai jika tak mampu menghadapi segala cubaan,
Tak perlu ungkakan setiap peekataan yang membawa harapan,
Jika harapan itu temui kesulitan jangan terus mengakhiri perhubungan,
Sekiranya peehubungan itu hanya menyeksakan, jangan berikan ia kebaikkan yang menyakitkan,
Janji mudah dilafaz walau tak perlu menghafaz,
Impian palsu senang dibina dalam setiap hela nafas,
Walaupun terpaksa menempuhi jalan yang panas,
Bila tercapai hajat, segalanya terus dilepas,
Tanpa berfikir siapa yang pernah berada disisi sebelum bisa selesa diatas,
Tak mengapa cuma hayat ini saja diri ditewas........
Isnin, 5 Jun 2017
Fallen warrior
Aku lihat kamu, berjalan dengan angkuh, jaga² jangan sampai tersandung higga terseliuh, dahulu kau mengeluh, aku yang berpeluh, aku bagi kamu satu tempat bawah aku, aku pergi kau naik jadi "taechu"..
Sekarang ku meminta, kau beri muka seperti mahu menghina, apa kau sudah kau asal dari mana? Mungkin aku yang lupa, atau kau yang tak kenang jasa? Mungkin aku salah sebab tangan tak naik ke muka sekarang kau mula besar kepala...
Ahhh...biarkan saja, budak baru lihat dunia, tanpa baran aku kau bukan siapa², tanpa kenalan ku kau takkan kemana, tanpa diriku kau masih merempat disana...
Benar kata Jeneral Malique "baik berpada, biar jahat asal selamat", perlahan-lahan aku mula merempat, mungkin kerana dulu baikku tak bertempat, mungkin juga mereka menyangka aku tak bisa jadi jahat, tak mengapa! Aku atur rancangan bukan guna tulang empat kerat, jadi tugas kerja ku takkan jadi berat.. Mereka sangka aku cakap tipu, tapi mereka tahu aku buat kerja sekali lalu..
Aku tak perlu peluru ataupun hantu, setakat kecil anak semua dihujung kuku... Huh! Aku bukan budak untuk korang pijak, bukan bapak untuk berlagak, tapi cukup sekadar teknik aku tak siapa nampak, mata terpejam otak berjalan, buka mata saja aku tahu apa yang perlu dilakukan, macam setan? Tak apa dik, sejahat manusia sebaik syaitan, jadi saya masih baik walau dengan siapa saja kamu samakan..
Aku tak simpan dendam, tapi bagi kamu peringatan sebelum tidur malam, kamu yang buang aku ke
Jumaat, 2 Jun 2017
Nor Rizan pt 2
Sejak kita berjauhan, ku dapat merasai kesunyian disetiap sudut ruang hidupku,
Setiap pergerakkan ku menjadi lemah dan hampir kaku, berat hati untukku melepaskan dirimu,
Terkadang aku sering bertanya kepada diri sendiri, mengapa kehadiranmu hanya sementra dalam hayat ini? Adakah kehadiranmu sekadar mimpi yang pulang pagi? Menjelma tika malam hadir hilang bila terbitnya mentari.. Dan bila malam tiba lagi, kau telah pergi tanpa kembali lagi....
Kehadiranmu takku persalahkan walau apapun alasan yang kau ungkapkan,
Aku tahu itu semua suratan takdir sebuah kehidupan,
Tapi mengapa hanya sementara?
Kenapa tidak untuk selamanya?
Dalam perjalanan ini, hanya dirimu yang layak bertakhta,
Kenakalanmu, sifat ceriamu, gelak tawamu memenuhi setiap ruang..
Sebelum kaki ini melangkah pergi, setiap kata-katamu ,riak wajahmu, serta airmata yang membasahi pipi,
Senyuman paksa cuba hentikan tangisan hiba,
Menambahkan lagi kesayuan dalam hati,
Tiap malam diriku diambang kegelisahan dan keresahan yang aku sendiri tidak tahu apa punca,
Maafkan aku, kerana terpaksa akur dengan permintaanmu kali ini,
Aku pernah berjanji bahwa dalam aman kita akan akhiri hubungan ini ,
Tapi aku sendiri tak menyangka akan terjadi begini,
Esok adalah hari yang bermakna buat diri ini,
Tapi apa maknanya tanpa dirimu disisi?
Apa ertinya jika aku meraikan hari itu dengan sendu dihati.....???
Mengapa pengakhirannya begini..??
Khamis, 1 Jun 2017
Kau, aku.... Dan pengakhiran KiTA
Waktu berlalu tidak terasa, dibuai mimpi cinta yang fana
Walau ranjau perjalanan ini tidak kekal selamanya
Walau kita tahu kesudahan dimana arah tuju kita
Tapi kesabaran dan keikhlasan jadi penguat semangat dalam diri...
Seringkali dibayangi mimpi ngeri kehidupan menyedihkan
Berjalan meniti titian kehidupan ini berseorangan
Tanpa jasadmu atau jasadku disisi untuk jadi peneman
Tapi semangat yang pernah diberi dahulu tambah kekuatan...
Almost give up while I'm survived alone in this life
U came to and showed the way to out from this darkness...
Seems like a part of malay romantic movies?
But every scene that we going through,it's only both of us just know that...
Since we apart, feel like now I'm losing something
Like a live without air for breathing and makes me dying
Struggle and screaming ask myself for helping
Today i realize, that i had to keep fighting this journey
With this strength and our memory who always accompany me
I promise that I'll never easily give up even you're not here
Khamis, 25 Mei 2017
Nor Rizan
Didalam pandangan matamu yang sayu itu
Berjuta kisah duka lara sedang berlagu pilu
Kau sembunyi segalanya dibalik senyuman tawamu
Tak siapa yang mengerti ataupun memahami apatah lagi cuba selami kedukaan yang menghantui diri...
Setiap hari fikiran melakar impian masa depan
Didalam dakapan kerinduan akan kebahagiaan
Diambang kekal disini dan pemergian
Ambien dan respridal pun takkan menghilangkan kesengsaraan
Kehidupan ini hanyalah sebuah bayangan
Kehadiran diriku dalam hayatmu hanya seketika
Kita sama² mengetahuinya dan kita terima
Pahit manis kita tempuhi berdua bersama
Jatuh bangun diriku dirimu sudah menjadi pekara biasa, dukaku tangisanmu tawamu senyumanku melalui liku-liku perjalanan hidup yang sering bercelaru...
Meskipun kita hanya sementara, kita tetap sabar dalam melakar impian jadi nyata, biarpun rebahmu dipanah kata dusta, tempang perjalanku disandung kata fitnah sicelaka..
Selagi niat dihati masih ikhlas...segala kebaikkan yang kita sama lakukan pasti akan dibalas..
Jangan pernah ragu, keliru, terburu-buru dalam setiap langkahmu..
Meski jasadku pada ketika itu tidak nyata pada pandanganmu, namun aku sentiasa perhati,awasi setiap geri yang kau jalani...kerana ku sentiasa disisi takkan pernah pergi..
Rabu, 24 Mei 2017
Kiasan buat hater..
Dia bisa jadi lebih dari hantu, daripada hantu² yang kau tahu, tapi dia sendiri yang tak mahu, jangan sekali diajak berlaga dengannya, jika ilmu tak penuh didada...kelak sakit seketika, malu kekal selamanya..
Dia bisa menjadi guru untukmu, cuma sakit yang harus dilalui bukan seperti duri sembilu, kesabaran menuntut ilmu amat perlu, boleh diam dan tidur jika kau ragu.....
Lensa hitamku
Dari lensa hitamku...
Perpecahan diantara mereka semakin ketara
Kerana kuasa sementara mereka bermasam muka
Kau cipta jurang dia siap siaga dimedan perang
Dia mula berperang, kau sudahpun menang
Masing² mengejar impian dan harapan
Yang menjadi mangsa keadaan
Mereka yang mahukan perubahan....
Dari lensa hitamku...
Yang Maha Jahil semakin gagah perkasa
Kerakusannya dalam mengejar dunia tiada batasan
Yang lemah terus ditindas tanpa belas kasihan
Yang kosong akan terus ditindas
Sang Penguasa hidup mewah diatas
Hidup dalam keadaan hina dan dilaknat
Diberi amanah tapi ia jadi pengkhianat....
Pengkhianat takkan pernah merasa aman
Walaupun berumah dibalik tinggi awan atau didasar dalamnya lautan,
Setiap pekara pasti ada balasan, karma hanya menunggu giliran..
Jumaat, 12 Mei 2017
Ermmmmmm
Saat kelopak mata perlahan layu menutup rapat, saat itu tubuh yang sasa makin hilang kudrat, nafas perlahan-lahan tersekat, mata mulai kabur dan membuta, pemergian diiringi airmata..
Akan tiba suatu ketika, penyesalan kerana ingkar tak lagi bermakna, airmata diganti dengan darah tak berguna, jangan meratapi teruskan gelak tawa kerana *** sedang mendengar suara kamu, *** lihat kebawah sambil tersenyum dan berharap kamu tidak merasai kesakitan ini....
Feel like the expired date is around the corner,
Now i'm dying while death are waitin'.. All those memories that we've build together now slowly fade in my mind, when i had to step out from here, just know that i never hate you as u did to me, but the last words i could say is "thanks cause u want to be a part of my life"
The last sacrifice i did to all people around me is the best thing i ever did, but the last sacrifice i did it to you is the perfect moment forever..
Maksud ::
*** - aku
Ahad, 7 Mei 2017
Saja suka ati
Tak perlu kata-kata hikmah jampi serapah untuk dijadikan muqadimah, dalam subuh yang sepi masih ada dipeluk mimpi, ada pula berlari berkejaran demi mencari rezeki, ada yang masih berasmara dengan pena demi puisi, puisi tak seindah bicara, tak sehebat pendeta sasterawan mahupun penulis lirik..
Cuba menjawab satu persoalan demi satu persoalan yang tiada jawapan, dimanakah diri berada semasa mereka marhaen memperjuangkan hak mereka, Sang penghulu rimba konkrit hanya melempar janji kosong, yang sidungu terus mengikut kerana diberi kemewahan sementara..
Bangsaku takkan maju, kerna yang memerintah si meLAYU, ku yakin akhirnya akan layu..
Takkan maju meLAYUku, selagi dalam diri tersimpan hasad dengki..
Tak pernah amanah dalam memegas tanggungjawab,
Tak pernah adil bila diberi kuasa untuk menghukum,
Tak pernah diam siang dan malam dalam mencari salah sesama sendiri..
Mungkin pandangan mereka yang ditaktor itu berbeza dari pandangan mataku,
Mereka nampak kuli dibawah maju,
Yangku nampak cuma celaru dalam menguruskan sesuatu,
Membunuh kulimu secara halus tanpa mereka mengesyaki Sang Penghulu Rimba Konkritlah si pelaku
Rabu, 3 Mei 2017
Senandung sang bisu
Dalam lagu aku cuba bermadah, nyanyian ku sekadar ingin meluah, tapi bait-bait lirik ku merungkai tiap gerimu yang suka menghakimi gerakku, bukan nabi yang mana setiap kali aku menapak pasti melakukan kebaikkan, bukan juga iblis setiap kali mata terbuka pasti melakukan kejahatan...
Dalam perjalanan mencari kebahagiaan yang diredhai, pasti saja aku,kau mahupun siapa saja akan ditemani ujian, yang menghalang untuk kita peroleh apa yang diimpikan, rebahku bukan sekali dua dalam mengejar cita-cita, aku tumbang dalam asakan mereka yang menguji kesabaranku bukannya sehari dua, tapi harus kau mengerti bahawa pekara yang paling perit pabila langkahku kini cuma mengutip cebisan bahagia silam dan memikul segala janji dusta..
Ku diam saat mereka beredar dariku,
Ku senyum saat mereka berjaya kenakan aku,
Ku hayati setiap perbuatan dendam silammu,
Senyuman terukir dibalik wajah yang muram
Tawaku hiburkan siang mereka, tangisku dimalam kelam,
Dalam keadaan mati bernyawa aku qiam, kucuba selesakan sujudku, rujuk telunjukku dan diakhiri sepuluh daktil diangkat berharap segala kekecewaan ini berakhir sebelum mata terpejam
Biar hatiku berkata
Sepertinya penamat kisah kita berakhir disini, onak duri liku-liku kehidupan yang melukakan tubuh ini bagaikan tak bererti, saat malam tiba bersama ribuan bintang dilangit, bagai mengundang berjuta rasa sepi lantas diriku dihimpit memori cinta dusta...
Mengapa ada penerimaan jika hati tak mampu memaafkan?mengapa masih menuturkan kata-kata yang punya harapan?jika akhirnya dikecewakan... Air yang mengalir akan terus mengalir, disungai rindu aku melihat kasih sayang serta cinta yang kita bina diatas hanyut tanpa meninggalkan tanda yang bisa buatku terus tersenyum hingga tiba saat untukku pergi selamanya...
Khamis, 27 April 2017
Nakhoda Lautan Cinta
Pelayaranku...
Dihiasi manis bersulam derita cinta hampa,
Berlagu riang beriramakan sengsara,
Penat lelahku selama ini ibarat mentari senja melabuh tirai menanti malam...
Benar...
Aku cuma mendayung sampan perlahan-lahan menuju ke pulau impian,
Bermimpi dimalam hari, siangnya kembali mencari dimana arah tujuan,
Masih kabur penglihatan, masih pekak dalam mendengar pesan,
Bukan ku tak percaya mahupun menidakkan segala ungkapan,
Tapi biarlah aku berjuang selagi hayat dikandung badan dan selagi minda sedang membina impian palsu dek kerana dusta perkataan..
Dibadai ombak, terkadang hampir karam dilautan rindu,
Aku sabar kerna terhasut bisikkan palsu darimu,
Andai sejak dari mula lagi aku mengerti makna ujian yang menimpa diri,
Pastinya aku tidak begini, terpenjara oleh janji..
Isnin, 17 April 2017
ĸυpυnya kisah
Lalυanĸυ..
тerĸadang ĸaυ мelιнaт ιa ѕeвυaн lalυan yang мυdaн,
ĸaυ мengнυĸυм gerιĸυ darι pandanganмυ,
ĸaυ cυмa мelιнaт ѕenyυмan тerpaмpang dιwajaн,
тapι ĸaυ тaĸ мendengar ѕeѕalan dalaм dιrιĸυ..
dιвelaĸangĸυ..
ѕengajaĸυ тιnggalĸan deтιĸ нιтaм dιѕιтυ,
ѕengajaĸυ вιar мereĸa тerтanya мengapa aĸυ вegιтυ,
ѕengajaĸυ υndυrĸan dιrι ѕυpaya мereĸa тerυѕ вυnтυ,
тanpa perlυ вerнarap мereĸa aĸan jejaĸιĸυ,
yang тelaн вerlaĸυ вιar ѕaja тerυѕ вerlalυ..
dalaм dιrιĸυ..
тangιѕan ѕeѕalan вerparυт lυĸa вayang нιтaм,
Jaѕad ĸelaм ĸυтιnggalĸan dιвalιĸ jendela ѕejaraн,
вιarĸan ιa тerυѕ ѕepι вerѕeмayaм,
dιwaĸтυ мaтι тapι bernyawa aιrмaтa мengιѕι ĸeѕυnyιan мalaм,
cυвa ѕeleѕaĸan ѕυjυdĸυ rυjυĸ тelυnjυĸ,
вergeтar daĸтιlĸυ ѕewaĸтυ мeмoнon padaмυ,
тerтanya dιrι ѕendιrι adaĸaн ĸaυ мenerιмaĸυ?
вerjυтa ѕalaн мereĸa cιpтa, ĸυlenyapĸan dengan ѕaтυ ĸeмaaғan,
вerjυтa dendaм мereĸa wυjυdĸan, ĸυ padaмĸan darι ιngaтan,
вιarĸan ĸeвaιĸĸan тerѕeмaι dιιngaтan,
yang ĸυcoreт ĸιѕaн ѕιlaм yang тerpadaм,
yang ĸυcoreт agar ιa мenjadι pedoмan,
ĸepada dιrι ѕendιrι aĸυ вerpeѕan,
agarĸυ тιdaĸ нanyυт dalaм dυnιa yang penυн angan..
Ahad, 9 April 2017
Sisi dimensiku
Walaupun ternampak diri ini seakan bebas tapi sebenarnya ia penuh dengan kekosongan,
Senyuman palsu yang terukir diwajah ini menyimpan beribu duka dan lara,
Matamu melihat dimensi hidupku penuh keceriaan dan kebebasan,
Tapi dari mataku dimensi yang aku berdiri kini penuh kesunyian,
Jiwa sepi memberontak, hati sedih menyanyikan lagu pilu, jasad bergerak kesana kesini tanpa semangat pastikan tumbang bila diseru,
Mengadu pada sang Pemilik hati yang sebenar, tanpa bayangan lokasinya masih tersembunyi,
Bertanya pada diri kenapa setiap bahagia yang bakal dimiliki pasti akan pergi?
Tanpa peluang, diriku mereka hukum tanpa alibi..
Sisi dimensi yang makin sempit,
Ruang untukku bernafas dalam bahagia kian tipis,
Dalam kegelapan kucuba meraba mencari jalan untuk keluar dari laluan hidup yang penuh duri...
Rabu, 1 Mac 2017
Penyesalanku
Kerana kekasaranku keatas dirimu menjadi sebab yang kukuh kenapa aku tinggalkanmu
Satu pekara yang sukar untuk aku terima walaupun terpaksa
Aku hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan kau didunia dan akhirat..
Sabtu, 25 Februari 2017
Kata ungkapanku
Khayali oleh Jenin akan sebuah kiani
Punya pengikut kesana sini
Punya angan yang tinggi tapi usahanya sekadar dibibir
Petah berkata dalam setiap pertuturan bukan lambang kecerdikkan akal
Jika setiap buah fikiran yang dilontar pasti engkau menyangkal...
Sarapan pagimu hanyalah mengumpat Si Pandir malang
Gawai dari pagi hingga ke senja
Gaji dari hasil keringat yang menitis menjadi modal berjudi
Perginya berbekal wang, pulangnya membawa hutang
Jika menasihatinya dibalas kembali kata dampratnya
Pulang kerumah duduk termenung melihat gajak orang berjaya...
Perjalanan hidup terlalu panjang dan masih lagi tersembunyi
Kegalauan semalam menjadi peringatan dalam membuat keputusan
Yang berlaku pasti menjadi sejarah yang tak bisa diubah lagi
Jangan gasong dan gawal dalam membuat keputusan
Kelak kau menangis selepas puas ketawa...
Jumaat, 24 Februari 2017
Beware
Jika seseorang datang kedalam kehidupan kamu..
Setiap kata-kata seperti memberi harapan..
Baik kau tinggalkan dia..
Kerana dia adalah pemusnah impian kau untuk bersama dia.
Khamis, 2 Februari 2017
Sabtu, 28 Januari 2017
Selasa, 24 Januari 2017
Kata²ku #3
Sepi mencengkam meratapi kalbu
Ritma alam menyanyikan lagu pilu
Jauh termenung fikiran dibawa kenangan
mengusik-usik hati yang sedang lara.
Memori indah datang dan terus bermain diminda
Lamunan tersentak pabila teringatkan ucapan kata-kata yang pernah diucap
Mengalir air mata menangis hiba
Lantas hati berbisik dan berkata
"Jika ini jalan yang perlu aku lalui, aku akan cuba harungi meskipun berteman bayanganmu"
Isnin, 23 Januari 2017
kata² ku #2
it's not easy to being someone that you've kill his normal for a long time ago..
and...
it's not hard for him to keep going continue his life as madness person..
Khamis, 19 Januari 2017
Kataku
Pedulikan kata² dia yang mendabik dada,
Butakan saja matamu melihat tingkah lakunya,
Ini masa bukan untuk duduk semeja bersama mereka,
Ini masa tekanan dan asakan dalam perlumbaan mengejar harta untuk masa depan kita..
Pekakkan telingamu akan kata² negatif, suruhan membuta tuli, suruhan yang tiada ongkos masuk ke dalam poket,
Biar mereka lihat kau,aku dan kita sengkek
Tak berduit seluar pula terkoyak dipoket
Tapi cukup 4kilo berat loket untuk diberi kepada isteri
Hidup guna akal jangan kerja nak menyangkal
Kita tak pernah merancang tuk gagal tapi kita gagal tuk merancang
Selasa, 17 Januari 2017
Kelmarin
Ianya hanya sejarah,
Takkan dapat diubah,
Tidak bisa betulkan apa yang salah..
Kelmarin..
Mungkin dia seorang pelajar,
Tetapi hari ini dia seorang tenaga pengajar,
Mungkin dia seorang kanak-kanak,
Hari ini dia meniti kehidupan sebagai seorang yang dewasa,
Kelmarin..
Ia datang dari perkataan hari ini,
Jika kau lambat perbetulkan kesalahan hari ini,
Maka esok tiba dengan penuh penyesalan akibat perbuatan kelmarin,
Sabar dalam menempuh hari mendatang,
Tetaplan dihati cuma Allah sahaja tempat pertolongan yang kamu ada..
Inshaa Allah semuanya pasti berjalan dengan lancar..
Ahad, 15 Januari 2017
Drama Pentas Kehidupan
Di Perjalanan ini..
Segala pahit manis pengalaman hidup telah aku lalui,
Suka duka dalam mengecapi impian hidup telah temui,
Jatuh bangun dalam perjuangan datang menduga kesabaran ini,
Penat,kecewa,menyerah kalah sebelum berjuang sudah jemu aku rasakan,
Tetapi.....
Di perjalanan ini..
Sepertinya aku ingin tamatkan segera apa yang aku kejar selama ini,
Aku sudah tidak mahu meneruskan semuanya,
Biarlah segala impian, kenangan dan cita-cita terkubur disini,
Pasrah segalanya akan ketentuan takdir,
Pekakkan apa yang bakal didengari,
Butakan saja segala yang menjelma nanti,
Bisukan diri apabila dimaki,
Kebalkan tubuh supaya mereka dapat menikmati,
Setiap kesakitan yang bakal aku rasai,
Semoga itu dapat menceriakan hari-hari yang mereka lalui.
Di Pengakhiran Perjalanan ini..
Ku tinggalkan memori bersama mereka,
Segala yang manis dan terindah mereka miliki,
Biarkan aku mengutip sisa pahit maung dan terburuk memori itu untuk dijadikan potret abadi,
Tiada guna untuk ditangis,
Tak perlu lagi mengemis,
Tiada lagi kedengaran kata-kata manis sang pujangga,
Tak akan ada janji yang perlu dikota,
Maka tiadalah dendam dan sengketa antara aku dan mereka,
Cukuplah hanya diri ku ini diuji dengan keindahan sementara..
Jumaat, 13 Januari 2017
The Dream of a REVENGE
Oneday..
i will revenge for everything what they've done to me, i wi make they suffering, without mercy they'll screaming, with full of beast they'll crying, no more begging for symphaty, even if you kneel down in front of me, but this is people called "KARMA"..
Now you know how feel live like a slave, i never forget everything that you gave to me, you showed me nothing but hate, you kicked me when i was at down, what goes around come around, let me laugh now?
Ok! Stop crying... Wipe the tears, it's just nightmare with no end. Hey listen.. Here i have some words for you, no more worries you just need a rest and go to sleep. Maybe one day you'll wake up from your dream then start regret for all your mistake to me..
Selasa, 10 Januari 2017
Pesanan kepada diriku
Kata Akal; "diri pasti akan menurut perintah Pencipta jika dihati punya rasa gerun terhadap dosa dan azab hukuman"
Kata Nafsu & Syaitan; "usiamu terlalu muda untuk kamu bertaubat serta melakukan kebaikan sesama kamu. Hidup kamu cuma sekali, gunakan masa sebaik mungkin"
Cuba tanya kepada diri sendiri "sepanjang usia kita meniti kehidupan didunia yang fana. Berapa banyak kita melakukan dosa dalam kehidupan seharian yang kita lalui?"
Benar HIDUP CUMA SEKALI, TAPI AZAB YANG MENUNGGU DISANA JAUH LAGI LAMA DARI KEHIDUPAN KITA ATAS DUNIA INI..
Isnin, 9 Januari 2017
Biarkan.. Kerana..
Biarkan luka ini terus berdarah,sampai masanya ia pasti akan kering.
Biarkan masa terus berputar,dari saat berganti minit.
Biarkan saja aku disini,disudut yang terpencil daripada kelompok kalian.
Kerana aku tahu siapa diri aku jika bersama kalian. Aku cuma badut yang mana kalian bisa ketawa dan lakukan apasaja. Tak usah risau tentang aku, sebagai badut aku perlu senyum sentiasa agar semua disekelilingnya bisa ketawa.
Biarkan saja aku disini, disebuah tempat yang mana aku boleh melihat kamu semua sedang gembira.
Kadangkala aku perlukan waktu untuk bersama dengan insan yang aku sayang..
Jika waktu aku bersama kalian sahaja, adakah aku dikira bebas dari segalanya? Jika aku sentiasa bersama kalian setiap masa,aku diibaratkan beg tinju kalian dimana kamu semua boleh melepaskan tekanan masing-masing keatas diriku..
Biarkan saja aku menjadi pendengar setia kepada mereka, kerana mereka saja yang punya masalah.
Terlalu banyak masalah kamu semua yang aku telah dengar dan kamu semua telah ceritakan kepadaku. Kau mahukan pendapat dariku, dia mahukan pandangan dariku dan engkau pula mahukan cadangan sesuai dariku. Tapi bila aku mula berkata,aku pula dicerca dan diherdik. Seandainya aku ini seorang yang bodoh atau seorang yang tak tahu apa-apa, kenapa mesti aku yang kalian cari? Sejujurnya, aku dah mula rasa penat, letih dan bosan dengan kehidupan seharianku bila berada disekeliling kamu semua.
"Aku masih berada disini tersenyum dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku kerana, dalam hatiku masih ada dia insan yang aku terlalu sayang, yang selalu memahami situasiku dan selalu mengambil berat tentang aku"
Rabu, 4 Januari 2017
Ketenangan
Mencari ketenangan disuatu tempat yang tersembunyi,
Mencari diri sendiri yang sebenarnya, yang mana hilang dan sesat dalam mengejar duniawi,
Kini semua itu tak lagi bererti setelah aku sedar akan setiap kegagalan yang aku hadapi,
Semua itu bukannya hak aku,dan takkan pernah menjadi milikku,
Pasti ada hikmahnya mengapa aku dihadiahi kegagalan dalam setiap usaha yang aku lakukan..
-
Pedulikan kata² dia yang mendabik dada, Butakan saja matamu melihat tingkah lakunya, Ini masa bukan untuk duduk semeja bersama mereka, In...
-
Dalam lagu aku cuba bermadah , nyanyian ku sekadar ingin meluah , tapi bait-bait lirik ku merungkai tiap gerimu yang suka mengh...








