Perjalanan yang seksa
Bermandi terik mentari duka
Bukan niatku meninggi suara
Cuma terkadang setiap kata aku terasa
Paranoid akan kisah lama yang lara...
Dibayangi dihantui kisah menyakitkan hati
Terhasil puisi berdasar kisah yang aku lalui
Berparut luka terasa hanya aku yang merasai
Terhasil puisi kerana otak kerap tekan tubi
Berjasa kepada pembaca macam pensil 2B..
Kini kulayarkan kehidupan dilautan kesepian
Berteman angin kerinduan bayu kesakitan
Aku ubati dengan kiasan perucapan
Tak pandai mengatur perkataan
Tapi cuba cipta kesempurnaan
Agar berselera apabila mereka membaca..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan