Mungkin separuh mindaku hilang sifat kewarasan, tapi masih wujud lagi nilai kemanusiaan,
Mungkin kerna terlalu banyak kesilapan, sehingga mereka yang berdendam tidak mahu ampunkan, tapi hanya kerana lidah pendusta berjaya meracuni fikiran dengan gerakku yang sering kau perhatikan, lantas kau menghukum tanpa beri ruang penjelasan..
Mungkin layanan aku terhadap dia yang tak pernah aku anggap apa-apa, kini kau mengesyaki aku tak pernah ikhlas dalam selang masa,
Mungkin silapku kerana terlalu pejamkan mata, tiada ketegasan dalam bersuara, lalu aku terima setiap maaf yang dipinta,
Cuba lakukan yang terbaik demi bersama namun kekurangan dan kesilapan lama yang menjadi batu penghalang untk bersuara...
Mungkin kerana terlalu lama diri dipijak oleh mereka yang bersifat diktaktor, cuba hapuskan aku dengan cara kotor,
Mungkin kerana keakraban dalam hubungan persahabatan yang terlalu lama, mereka menyerang aku dari sudut pandangan buta,
Sekarang aku harus terima balasan karma yang tidak pernah lena,
Aku tiada, kau mereka bersorak gembira
Tanpa perlu fikir atau bayangkan bagaimana rasa kecewa
Kalian kalungkan aku dengan sejarah silam hitam bersama dendam membara
Aku terima dengan senyuman palsu sambil menyembunyikan marah didalam dada
Kalian akhiri ucapan dengan sumpah seranah
Aku undurkan diri tanpa mengangkat wajah
Mungkin didalam hati kau aku layak terima sebegitu
Bila tiba masanya, hantu dalam diriku akan diseru
Tanpa memilih bulu, semua akan merasai apa yang aku lalui dahulu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan