Indah mimpi semalam bersulam dendam terpendam,
Hati sekeras batu hancur terkena pujuk dan rayu,
Angan impian ingin kenyataan lesap saat mata mulai terpejam,
Kini cuma berteman melodi sendu berlagu pilu...
Dalam pergelutan, cuba memisahkan pertengkaran hanya kerna mahu kedamaian, dia hadir berikan ketenangan, sungguhpun kehadiran tak berkekalan, tapi ia meninggalkan sejuta kenangan. Situasi makin runsing, perselisihan fahaman buatkan keadaan makin genting, gosip liar makin memenuhi ruang sekeliling. Dimensi diri makin menyepi, seolah dunia serta seisinya sudah mati, tiada lagi kata pujuk rayu supaya dapat kembali kesisi, bila Pemilik Hati Yang Sebenar memanggil pulang ketempat hakiki..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan