www.terpendamungkapan.blogspot.com

Teg

Isnin, 19 Jun 2017

Warkah akhir

Lambaian terakhir dalam pergelutan diantara ruang dan masa
Senyuman terukir sebelum melangkah pergi meninggalkan dunia nyata
Mengimbas segala kenangan bagaikan baru semalam kita bersama...
Sukar untuk dikatakan, mahupun untuk diceritakan
Cukuplah sekadar kenangan itu hidup dan terus mekar diingatan
Yang 'kan berbunga sentiasa dan tak layu sepanjang zaman...
Indah lagu kerana lirik dan melodi
Indah hariku yang berlalu kerana dirimu disisi
Senda tawa tangisan duka sewaktu berdua memenuhi ruang memori
Tak bisa 'tuk dipadam apatah nak dicampak jauh dari diri ini...

Lumrah kehidupan, datang dan pergi  sentiasa terjadi
Sabar, redha, ikhlas, ini semua ketentuan Ilahi Yang Lagi Mengerti
Pasti yang terbaik telah Dia tetapkan untukmu
Kemarau bahagiamu akan berakhir setelah ketiadaan diriku
Doaku sentiasa bersama disetiap hembusan nafas dan langkahmu......

Tiada ulasan: