Disaat aku mulai membisu,
Tak kan ada lagi kedengaran puisi bersulam bahasa baku
Tiada lagi kata-kata nahu
Rindu yang dahulu membeku kini cair mengalir seperti keringatku...
Aku membisu saat dunia membelakangkanku
Dunia hanya tahu berlagu kisah mereka nan sayu
Merayu, entah siapa aku saat mereka datang bertemu denganku,
Cuba aku kenangkan, cuba aku fikirkan, tapi tidak aku mahu sangkalkan
Zikir puisi yang dicipta, dikir setiap ayat dalam berlainan rentak irama
Memori tercipta dari setiap perbuatan, ucapan berkata-kata
Pendusta, sering menyata perkara nista, itu aku padamu penilaian melalui mata..
Cuba mengatur langkah keluar dari kesakitan nyata
Pejamkan mata hayati halusinasi dari pandangan kaca
Mengejar kabus dari gisim padat sinar bak permata
Dalam sunyi aku berpuisi, menyanyi, abai suara memaki
Cerah aku tetap disini, kelam malam masih jua ku disini
Jangan bertanya, jangan cuba mencari
Jika memerlu aku cuma perlu seru tak perlu irama lagu
Aku kan tiba jangan terkejut andai ku muncul dihadapanmu
Selesai tugas, aku berlalu ghaib bagaikan hantu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan