www.terpendamungkapan.blogspot.com

Teg

Ahad, 7 Mei 2017

Saja suka ati

Tak perlu kata-kata hikmah jampi serapah untuk dijadikan muqadimah, dalam subuh yang sepi masih ada dipeluk mimpi, ada pula berlari berkejaran demi mencari rezeki, ada yang masih berasmara dengan pena demi puisi, puisi tak seindah bicara, tak sehebat pendeta sasterawan mahupun penulis lirik..

Cuba menjawab satu persoalan demi satu persoalan yang tiada jawapan, dimanakah diri berada semasa mereka marhaen memperjuangkan hak mereka, Sang penghulu rimba konkrit hanya melempar janji kosong, yang sidungu terus mengikut kerana diberi kemewahan sementara..

Bangsaku takkan maju, kerna yang memerintah si meLAYU, ku yakin akhirnya akan layu..
Takkan maju meLAYUku, selagi dalam diri tersimpan  hasad dengki..
Tak pernah amanah dalam memegas tanggungjawab,
Tak pernah adil bila diberi kuasa untuk menghukum,
Tak pernah diam siang dan malam dalam mencari salah sesama sendiri..

Mungkin pandangan mereka yang ditaktor itu berbeza dari pandangan mataku,
Mereka nampak kuli dibawah maju,
Yangku nampak cuma celaru dalam menguruskan sesuatu,
Membunuh kulimu secara halus tanpa mereka mengesyaki Sang Penghulu Rimba Konkritlah si pelaku

Tiada ulasan: