Ku dakap bayanganmu dilembah kesunyian,
Kau pegang erat tanganku sewaktu berjalan,
Kau sering menasihati dan beri pesan,
Ajarku erti ketabahan dalam kehidupan sewaktu kau mulai pergi berseorangan..
Pengembaraanmu diiringi tangisan pilu,
Meskipun kusendiri lihatmu bersemadi disitu,
Namun tiada tangisan dariku pada ketika itu,
Kerna sebelum kau melangkah, aku telah melakukan perkara itu,
Peristiwa itu segar, tak pernah luput mahupun layu,
Walaupun disaat itu aku masih mentah dan tidak tahu mengapa jadi begitu..
18tahun masa pantas berlalu tanpa sedar,
Ingatanku padamu tak pernah pudar,
Sepertinya ingin kukembali ke zaman 99,
Dan terus ingin kekal disana tanpa ada nama terukir dinisan,
Tapi segalanya amat mustahil untuk diputar semula,
Dan ini adalah ketentuan takdir dari Yang Esa,
Siapalah aku yang mahu menentang segala peristiwa sedangkan aku cuma hamba yang hina...
Banyak... Memang banyak perkara yang sengaja aku pendam, aku mula bicara saat dunia mula terdiam, aku melihat dimensi diriku saat mata manusia mula terpejam, kudakap dirimu dalam anganku bila suasana mulai kelam..
Satu perkara yang aku pelajari namun aku masih tak mampu menghadapi ialah
" Yang digenggam tak semestinya kekal disisi, tabah dan sabar jadi akar tunjang penguat diri"...
Saat mata terbuka, ketahuilah bahawa itu hanya bayangan fatamorgana. Bila mata mulai tertutup, nafas tiada lagi didada, disitulah realiti kehidupan bermula...
-Al Fatihah-
Hamzah bin mohd Salim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan