www.terpendamungkapan.blogspot.com

Teg

Jumaat, 30 Jun 2017

Yang Kurindu Yang Satu

Sengaja penulis cuba cipta lirik lagu sendiri yang tak punya penyanyi untuk uji tahap pemikiran penulis sendiri..

** Usahlah bersedih, usah menangis lagi, ku 'kan sentiasa berada dihati. Hapuskan resah yang menyelubungi, bila malam hadir dalam mimpimu ku kan datang menemani 'tuk menghapus segala sepi **

Verse 1 (rap) ::
SATU untuk cinta, Dua insan dilamun asmara, Tiga bersama impian kita jadikan kenyataan. Namun dua dan tiga bakal pergi dari sisi, dan tak lagi menemani hari-hariku yang sepi.
Yang tinggal cuma Satu, aku dan cinta, malangnya kau tak bersama disisi jadi cinta itu kukuburkan didalam hati. Namun Satu tetap kekal disitu, Yang Maha Mendengar juga Maha Tahu, Hanya Dia Mengerti apa yang ingin cuba kuadu, kerna Dia telah melihat sebelum aku melalui.
Yang berlaku biarkan berlalu, parut luka seribu rindu dihati padamu seakan tiada nahu untukku berlagu.
Sendu hiba pilu masih mengawal emosiku, maaf kerna gagal dalam mencuba untuk melupakan tentang dirimu

** Usahlah bersedih, usah menangis lagi, ku sentiasa berada dihati. Hapuskan resah yang menyelubungi, bila malam hadir dalam mimpimu ku kan datang menemani 'tuk menghapus segala sepi **

Verse 2 (rap) ::
Dakap dirimu dalam bayangan kenangan semalam, bukan berhalusinasi walaupun ia muncul dikepekatan malam, aku tahu apa yang terjadi, ku tak mahu Si Pembenci hadir beri teori, idealogi mahupun jampi madah penguat semangat diri.
Hanya kerna aku masih disini ternanti-nanti pengakhiran kisah ini, " Bunga bukan sekuntum" pepatah jemu yang sering aku dengari.
It's doesn't change my momentum in every moment when I'm write about then I'm tryin' to record my voice when I'm rap these lyrics.
Tiada lagi celoteh juga gelagatmu untuk buatku terus tertawa hingga sawai, lantas aku
Cuba perah segala kudrat mengejarmu(sudahlah)
Rebah, tersungkur bingkas bangun kembali memburu(tak usah)
Cuba satukan harapan yang musnah(Jangan siksa dirimu)
Namun sayang, kau terus pergi tanpa menoleh lagi

** Andai takdir telah tertulis dalam kitab riwayat kita, sejauh mana kupergi pasti kembali jua ~cukup! Hentikan ucapan pengharapan yang sering kau katakan~
Bersabar dan tabah wahai kekasih, restui pemergian kali ini, kemana aku menapak kau tetap didalam hati, Andainya ku tak bisa tepati apa yang kujanji, Berjanjilah bahawa kau perlu teruskan perjalanan ini tanpa diriku lagi**

Ending verse Rap ::
Kerna Satu sentiasa wujud, setiap katamu kuturut, meskipun hayat minda makin luput.
Kerna Satu Sentiasa Mendengar, perjalananmu kuiring bersama doaku disetiap waktu,
Semoga ingatanmu padaku sama seperti ingatanku padamu, takkan pernah pudar dan layu,
Hingga pengiring ghaib datang mengajakku pergi bertamu disebuah persinggahan untuk bertemu Yang Satu...
*~kau tetap kurindu~*

Tiada ulasan: