www.terpendamungkapan.blogspot.com

Teg

Isnin, 3 Julai 2017

Aku, kamu, dan hantu menipu

Diseru pasti datang, bukan jampi serapah cara panggilan
Datangnya jika diundang, jika sekadar gurauan jangan ditanya mengapa tiba-tiba merasai kesakitan..

Bukannya hantu ciri kewujudan, bukannya setan untuk cetuskan hasutan,
Asyik berangan jangan terlalu tinggi  kebulan,
Dia pasti mengekor meskipun dia bukan angkasawan,
Dalam kutukan dan mengata jaga tutur bahasa, dia muncul tak kira masa,
Bukan kerana hobi tapi sekadar suka,
Tapi dia mahu yang lain turut merasai kesakitannya juga..

Jika dahulu, siang dia memburu, malam waktu untuknya berlagu
Sekarang, setiap masa adalah waktu memburu
Siapa mangsa kita semua masih tak tahu
Baik berjaga-jaga, dindingkan dirimu dengan ilmu
Jika malas, tepat dua belas cuba toleh kebelakangmu,
Andai terhidu bau, ketahuilah dia memang sangat dekat dengan kamu..

Tiada ulasan: