Penulisan yang tak beri kesan
Sekadar meluah apa yang tersimpan
Walau tiada siapa pedulikan
Namun hakikatnya inilah realiti kehidupan..
Meraung dalam diri menjerit sakan;
Memberontak hingga letih tubuh jelas kelihatan
Jemu menghadap kegagalan dalam perjalanan
Mana cahaya yang mampu menerangi kegelapan?
Apakah punca yang menjadi halangan?
Perlukah diteruskan lagi perjalanan ini?
Atau berhenti dan melihat dunia ini..?
Dalam kerancakan bingit berbunyi;
Masih banyak ruang sunyi dalam diri
Luas dan besar dimensi ini tapi masih bersendiri
Hendak meratap perjalanan sudah separuh hari
Mahu ditamatkan matahari belum tergelincir lagi
Menanti lembayung senja menjemput pergi
Lari dari fantasi gembira yang menyakiti
Berhadapan realiti kesakitan yang tenangkan hati
Cukuplah puisi terhenti disini
Tak perlukan pembaca sejati
Tak mahukan pengikut fanatik
Cukup sekadar menjamu mata mereka yang melintasi di ruangan ini..
Bukan ucapan yang aku nyatakan, Bukan perbahasan yang aku sampaikan, Bukan kiasan atau kutukan yang aku coretkan Jika terasa nahhh! Rasakan.. Halaman ini tempatku luahkan yang terbuku dalam fikiran.. ~komen jika ada kekurangan,saya sedia terima~
www.terpendamungkapan.blogspot.com
Teg
Ahad, 10 September 2017
Kataku ketawamu dekah mereka
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Waktu berlalu tidak terasa, dibuai mimpi cinta yang fana Walau ranjau perjalanan ini tidak kekal selamanya Walau kita tahu kesudahan diman...
-
Bukannya buta hingga tak nampak, juga bukannya pekak hingga tak dengar, buka minda positif untuk cuba memahami setiap larangan diberi, biar ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan