www.terpendamungkapan.blogspot.com

Teg

Ahad, 10 September 2017

Kata terakhir cuba dizahir

Dikejar sejuta bayangan dalam perjalanan
Ternampakkan permata cair dipanggang kepanasan
Dalam laluan berlian kabut mula berantakan
Helaan nafas singkat cuba dipanjangkan
Rapat ke dada lantas dilepaskan bersama sesalan...

Daktil menggenggam pena dikala malam tiba
Saat manusia mati dalam bernyawa
Saat telinga tak lagi mendengar suara mereka
Bersaksikan kertas,penanya ceritakan segalanya
Siap semua frasa juga fasa himpunan kata-kata
Dia akan kembali semula dimana ia bermula...

Bukan menuntut janji atau menghakimi
Tapi kembali untuk perbetulkan segala yang terjadi
Yang tertulis bukan sekadar janji untuk sedapkan hati
Tapi kembali berbakti membalas budi
Seperti pepatah yang pernah dia ucap sebelum ini

"Aku tak mahu nama cukup sekadar hidup berjasa,
Untuk apa gagah perkasa? Andai digeruni setakat makhluk alam nyata saja?
Sedang diri tak pernah berbakti untuk sesiapa.."
      Biar terlihat seakan merapu, tergaru-garu sambil satu tangan dalam saku,
Perancangannya tindakannya ia sembunyikan didalam setiap puisi pada baris tertentu;
Tepat masa atas izin-Nya, sempurna gerak kerja kerana Dia permudahkan segalanya
Tiba suatu ketika, lawan mula mengaku teman dek kerana dia bukan lagi hamba
Yang dahulu pernah mengatakan dia tak guna mengaku saudara...

Dahulu dia bersuara, sisi kanan memarahi dan maki
Buah fikiran, intuisi diberi sering dicuri, diam kerna dia lebih mengerti
Kiasannya sering disalah erti hingga ada yang tidak berpuas hati
Huh, dia tersenyum sendiri melihat gelagat jemaah yang termakan cili...
Mana pegangan "satu negeri 15kota bersempadan juga 15kampung halaman"?
Tergadai janji yang diikat sambil disaksikan kiri dan kanan
Kamu berkuasa disaat dia masih mencari haluan..

Disisi kiri terkadang buat dia seperti hamba abdi;
Tak apa! Ayat yang sering dia ucapkan didalam hati
Tiba saat dia bakal cetus revolusi ia sendiri tanpa perlu menyakiti
Balasan baik diberi tanda kenangkan apa yang mereka pernah beri...
Saat dia berjuang, dunia hanya menyaksikan sahaja
Saat pintu kehidupan berjaya dibuka, mereka masuk dengan genbira
Tanpa menoleh kearahnya, yang sedang separuh nyawa kehilangan tenaga
Dia tersenyum walau dia mereka lupa...

Kini masa yang ditunggu sudah tiba, dia mengorak langkah mara kedepan
lupakan penderitaan dijiwa, gerbang revolusi menunggu kedatangan pahlawan
Abaikan sisi kiri juga kanan kerana mereka hanya menyakitkan pandangan
Berpegang pada niat, jangan gadaikan janji yang diucapkan
Disana adalah keindahan, disini hanyalah kekalutan
Ucapkan sahaja selamat jalan pada perjalanan
Selamat datang revolusi sentiasa mengalu-alukan...

Diakhir puisi dia berkata ia pasti kembali
Mana tempat sekalipun ia pergi
Realitinya kehidupan tetap fantasi
Saat mata dipejam disitulah realiti...!!

  "Bukan dia berkata tapi hatinya yang bicara"
Tafsir dengan akal suka berfikir
Bukan mantera juga jampi sihir
Bukan logaritma yang terkandung sifir
Tapi...gunakan akal sebelum kalian mahu dikir..

"Dengarkan, fikirkan, zikirkan, dikirkan"

Tiada ulasan: