www.terpendamungkapan.blogspot.com

Teg

Isnin, 17 Julai 2017

No title

Sebermula bertelingkah ku terpaksa diam, dengar patuh setiap keputusan yang engkau cuba putuskan,
dalam bingung aku cuba jelaskan terangkan huraikan tanpa kesimpulan pada alasan aku dihukum 'penipu sepanjang zaman'',
Aku turuti bukan kerana aku bersalah,
tapi cuba tunaikan permintaan yang kau selalu ucap tiap kali kita bertelagah..

Maafkan aku, atas kesalahan masa lalu
Mungkin itu punca kepada setiap perbalahan yang berlaku
Hingga buatmu tak percaya akan kataku lagi
Aku terpaksa lepaskan kau pergi , sukar namun harus kuakui yang aku sebahagian mimpi ngeri...

Aku takkan melangkah pergi walaupun ku tahu hubungan ini bakal sunyi,
Tiada gelak tawa yang mampu menghiasai ruang dimensi ini,
Aku akan terus disini untuk perhatikan setiap geri ..
Agar dapat ku tahu bhawa kau sntiasa sihat selalu

Tiada ulasan: