www.terpendamungkapan.blogspot.com

Teg

Selasa, 18 Julai 2017

Tentang aku

C.D.Y cuba cetus revolusi dengan gaya tersendiri
Hak cipta terpelihara tanpa meniru sesiapa, sekadar general malique sebagai idola
Aku menulis untuk luahkan apa yang kurasa dan pendam didalam dada
Bunyi seakan lirik tapi tak sempurna tanpa ritma muzik
Mungkin juga seperti puisi, namun susunan ayat buat mereka sukar memahami
Jadi nukilan tulisan aku karang mengikut suka hati
Niat utama hanya ingin kias mereka yang suka menindas
Terkena tempias jika tidak puas cuba pula membalas
Mungkin mereka anggap aku lembab dari pertuturan dan juga sikap
Tapi percayalah, lambat pick-up diri aku pasti buat kau tersentap
Kerana prinsip utamaku ' jangan suka menghisab '.....

Aku pejam mata saat jarum timur dan barat bertembung dititik sifar
Mata terbuka saat dunia mati dalam jasad yang bernyawa
Tersedar dari mimpi ngeri lantas lidahku menyebut istighfar
Moga fantasi tidurku tidak mengikut dari kasur masuk kealam fantasi nyata,
Mata segar terbuka, terdengar pena memanggil nama tanda masa kias bermula
Siapa mangsa? Cuba baca semula setiap petikan  yang kurangka diselang masa
Pastinya dialah orang yang aku jamu nasi berlauk cabai melaka
Hahh haaaa, sakit hati dengan hamba punya ketawa?
Jika ya, siapa suruh mula sengketa?

Rentak hidupku laju seperti rentak lagu
Pena hanya tahu jerit laju... Laju... Laju, kertas membisik tunggu dahulu
Biarkan mindaku memandang visi hadapan sepintas lalu
Kerana saat itu dia sedang berehat seketika sambil menikmati angin bayu,
Aku menulis berharap agar ada nasihat yang bisa engkau turuti
Agar ada larangan yang perlu kau jauhi
Jika perlu, nasihatku rujuk kalam suci milik Ilahi...

Kata-kata nahu, mungkin setakat itu ucapan tulisan dari profesor serba tahu
Lain waktu jika aku mahu,akan kuceritakan lagi kisah tentang aku
Yang tak sehebat tulisan komposer lagu cinta dan rindu
Dibalik awan ribut, terdengar panggilanmu kekasihku, tunggu aku disitu kerna aku ingin beradu terlebih dahulu,
Maafkan aku kerana terlalu leka melayan kerenah pena dan buah fikiran minda
Saatku tiba disana, kita bersatu selamanya tak perlu lagi bebankan kepala
Mata terkunci rapat bersama tanah pasti tidak terbuka...

Ucapan maaf sekali lagi, aku akhiri kerna buat kalian semua baca tanpa henti
Jika ada sumur diladang, inginku tumpang sejukkan diri
Jika hayat umurku panjang, aku coretkan lagi puisi hati mati
Jika baca tanpa alunan muzik pasti sunyi
Jika mahu lebih sensasi pasang muzik, puisiku kau baca dengan rentak RnB
Sekali lagi dari mula cuba kau nyanyi..
Thanks to all especially you my eternal lovely..
Jumpa lagi..

Tiada ulasan: