www.terpendamungkapan.blogspot.com

Teg

Selasa, 18 Julai 2017

Dalam nada kecewa aku cuba untuk bersuara
Bicara tentang perkara hampa dan duka
Bukan kepada manusia tapi pada hati yang lara
Yang sedang leka mendengar irama harapan hampa....

Coba tak diperhambakan duniawi
Namun kesukarannya menguji kesabaran diri
Rindu kenangan silam sewaktu rumahNya aku hadiri
Merindui laungan suara sendiri berkumandang sewaktu dinihari
Sewaktu sebahagian manusia bangkit dari mati
Pulang ke alam nyata setelah lama mengembara dialam mimpi.....

Masa berdetik sambil menghapus jejak langkahku
Dimensi diri semakin sesak dipenuhi bayangan dosa lalu
Jiwa didalam jasad meraung menangisi perkara yang sudah berlaku
Tangan mengenggam buku lima dengan kuat tanda fikiran menemui jawapan buntu
Sambil berbisik kepada hati dimana destinasiku?

Kini hanya mampu meratap dan berharap
Walaupun tidak kedengaran suara sewaktu berucap
Ketahuilah bahawa nafas ini mulai tercungap
Penat kerana terlalu banyak perkara yang buatkan aku sering berentap,
Menentang mereka yang suka memberontak menggunakan bahasa kudrat, tidak kenal erti penat walaupun jelas ternampak tenat, tapi mereka meneruskan hingga nafas tamat..

Tiada ulasan: