Aku tersenyum sipu bila kena tipu,
Jadi aku membisu sambil perhati mainanmu dari satu sudut yang dunia tak tahu dimananya aku....
Engkau ketawa gembira dengan rasa bangga,
Tanpa sedari dibelakangmu ialah karma sedang menanti masa untuk menerpa....
Aku tersungkur rebah sujud kebumi, aku bangkit berdiri sejurus engkau berlalu pergi, aku perhati kau menyanyi tanpa muzik wajahmu menampakkan kau senang hati...
Dia terkedu perhati kehadiranku "adakah mimpi bila melihatmu"?
Tenang, jangan khuatir mahupun bimbang, aku sudah mati tapi kubur pula tendang aku kemari, selesaikan masalah dengan cara tersendiri, biar tinggal parut tak berdarah, biar sakit tak bisa kebah....
Cara kerja gaya ernesto 'che' guevara, aku bukan buta, jadi jangan halang bila aku mula berkerja..
Aku mula strategi dengan menulis puisi, disana aku kias disini aku libas, didepan aku pasang jerat mati dibelakang aku pasang kawat berduri..
Sepuluh menyerang dalam genggaman tujuh pasti tumbang, tinggal tiga cuba bermain bayang, mahu umpan aku? Maaf kamu silap orang..
Jangan kerap putar belit setiap maklumat, jika ku tahu perkara sebenar mukamu pasti lumat, terkena ciuman buku lima naga keramat, pasti menyesal tiada guna sapu minyak gamat....
Aku bukan ikan sepat, yang kau mahu tunjukkan kau punya ligat, aku bukan bacul yang sering berpindah tempat, jadi guna akal jika mahu potong aku jadi lapan kerat....
Aku menulis kerana masih berdendam, jiwa sengsara tangan terketar ditengah malam, hati jadi suram selagi jasad kau tak ditanam....
Opppsssss, maaf!!! Aku terlupa, aku bukan Tuhan yang mahu tentu tarikh mati, engkaulah tuhan sebenarnya yang suka menghakimi segala geri aku, hingga neraka tempatku yang abadi..
Katamu itu masih aku ingat selagi jasad aku tak dikebumi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan