Disini ada pesta, datang tak diundang pulang kena halang, dia kemari nyanyi lagu bernada sumbang,
Datang tak diundang pulang kena halang, dia kemari nyanyi lagu bernada sumbang...
Tasik yang tenang jangan disangka tiada naga
Jika mahu tahu cuba berenang mengular didalam airnya..
Bila naga tiba, ular lari menjalar merata, naga tiba ditasik satu rimau dan satu singa didarat sudah sedia, naga lena sudah terjaga, naga diam kini bersuara, rimau leka tidur kini mula buka belangnya, singa dulu menikus kini tajam perhati mangsa..
Bukan nk mendabik dada atau saja menjaja cerita,
Tapi ini kisah pengawas kawasan mulakan agenda,
Mungkin kerana bosan atau lama tak cuba beradu tenaga, jadi dimulakan dengan kisah dongeng sikacang lupakan kulit, dia mahu bikin wayang kulit, akhirnya tersepit tak sempat menyelit, banyak salah mungkin buat dia rasa seperti nasi himpit..
Mengapa mesti cari sebab dan alasan, sedangkan kesalahan sudah lama saya lupuskan dari ingatan, walaupun najis kau tinggal disetiap gudang emas yang aku berikan? Kini kau mula merasakan bisamu mampu membunuh naga dengan satu patukan? Jangan pandang musuh sebelah mata jika tak mahu sengsara...
Hormat jangan meloncat, ingat asal usul kau punya tempat, siapa dirikau sebelum merempat? Mahu serang tunggu masa yang tepat, jangan menyerang ikut firasat yang diselubungi hasad..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan