Biarkan luka ini terus berdarah,sampai masanya ia pasti akan kering.
Biarkan masa terus berputar,dari saat berganti minit.
Biarkan saja aku disini,disudut yang terpencil daripada kelompok kalian.
Kerana aku tahu siapa diri aku jika bersama kalian. Aku cuma badut yang mana kalian bisa ketawa dan lakukan apasaja. Tak usah risau tentang aku, sebagai badut aku perlu senyum sentiasa agar semua disekelilingnya bisa ketawa.
Biarkan saja aku disini, disebuah tempat yang mana aku boleh melihat kamu semua sedang gembira.
Kadangkala aku perlukan waktu untuk bersama dengan insan yang aku sayang..
Jika waktu aku bersama kalian sahaja, adakah aku dikira bebas dari segalanya? Jika aku sentiasa bersama kalian setiap masa,aku diibaratkan beg tinju kalian dimana kamu semua boleh melepaskan tekanan masing-masing keatas diriku..
Biarkan saja aku menjadi pendengar setia kepada mereka, kerana mereka saja yang punya masalah.
Terlalu banyak masalah kamu semua yang aku telah dengar dan kamu semua telah ceritakan kepadaku. Kau mahukan pendapat dariku, dia mahukan pandangan dariku dan engkau pula mahukan cadangan sesuai dariku. Tapi bila aku mula berkata,aku pula dicerca dan diherdik. Seandainya aku ini seorang yang bodoh atau seorang yang tak tahu apa-apa, kenapa mesti aku yang kalian cari? Sejujurnya, aku dah mula rasa penat, letih dan bosan dengan kehidupan seharianku bila berada disekeliling kamu semua.
"Aku masih berada disini tersenyum dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku kerana, dalam hatiku masih ada dia insan yang aku terlalu sayang, yang selalu memahami situasiku dan selalu mengambil berat tentang aku"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan