www.terpendamungkapan.blogspot.com

Teg

Rabu, 23 Ogos 2017

Nilai kedudukan

Saatku mula merasai bahawa dunia tidak lagi memerlukan,
Kucuba mengatur langkah menapaki jalan digerbang perpisahan,
Kucuba menoleh kebelakang namun tiada siapa saatku perhatikan,
Sedar akan jiwa yang sedang memberontak memaksa diri pergi tanpa perucapan,
Soal kepada hati, mengapa hidup ini keterlaluan saatku cuba bina impian?
Hati membisu tanpa beri gambaran jawapan..

Mungkin sekadar suatu persinggahan
Atau pelenyap sunyi saat diperlukan...
Tertanya-tanya dimana keikhlasan dalam penerimaan?
Mengapa diucapkan kata nista andai diri tak mampu menerima apa kuucapkan?
Kekurangan dan kelemahan dirinya bukan suatu halangan,
Andai ditakdirkan, akan ku ajarinya erti nilai kehidupan..

Tiada ulasan: