Dari lensa hitamku...
Perpecahan diantara mereka semakin ketara
Kerana kuasa sementara mereka bermasam muka
Kau cipta jurang dia siap siaga dimedan perang
Dia mula berperang, kau sudahpun menang
Masing² mengejar impian dan harapan
Yang menjadi mangsa keadaan
Mereka yang mahukan perubahan....
Dari lensa hitamku...
Yang Maha Jahil semakin gagah perkasa
Kerakusannya dalam mengejar dunia tiada batasan
Yang lemah terus ditindas tanpa belas kasihan
Yang kosong akan terus ditindas
Sang Penguasa hidup mewah diatas
Hidup dalam keadaan hina dan dilaknat
Diberi amanah tapi ia jadi pengkhianat....
Pengkhianat takkan pernah merasa aman
Walaupun berumah dibalik tinggi awan atau didasar dalamnya lautan,
Setiap pekara pasti ada balasan, karma hanya menunggu giliran..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan