Gapai impian tinggi sampai kebulan
Terlupa akan daratan yang pernah dipijak
Terlalu mengejar impian hingga disakiti kata harapan
Jatuh rebah kebumi hingga tidak dapat dijejak..
Kerana terlalu asyik dan leka bermain dengan mimpi
Hingga tak bisa membezakan realiti dan fantasi
Sejuta bayangan indah cuba mengaburi
Hingga tak sedar yang diri telah disakiti
Darah yang mengalir kering dibakar mentari
Yang tertinggal hanya parut kenangan cinta abadi...
Rebah jatuh tersungkur sujud kebumi yang tandus
Bingkas bangkit cuba melawan arus
Yang dikata tidak itu yang hatiku berbisik harus
Yang disuruh itu, hati berpesan hati-hati permainan halus
Sudah serik aku lalui beribu haluan berliku
Hingga disuatu destinasi kau kutemu dalam pertengah hayatku
Takku persalah hadirmu, takku kesal memilihmu
Diriku punca engkau berlalu sebegitu
Sempurna dirimu perwatakkan, pertuturan, kejujuran,
Sejujurnya dirimu hingga kini tak kupersalahkan...
Kucoretkan puisi, kutuliskan bisikan isi hati
Dalam berantakkan naluri hati sedang menangisi
Rela dalam keterpaksaan ku melihat kau melangkah kaki
Aku biarkan kau menganggap bahawa ku undur diri
Namun hakikat realiti ku masih disini menanti
Andai kau kembali ku terima kembali
jika bahagia yang kau cari sudah dimiliki
Biarkan saja aku bertapak dinisan perhubungan ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan