www.terpendamungkapan.blogspot.com

Teg

Khamis, 27 April 2017

Nakhoda Lautan Cinta

Pelayaranku...
Dihiasi manis bersulam derita cinta hampa,
Berlagu riang beriramakan sengsara,
Penat lelahku selama ini ibarat mentari senja melabuh tirai menanti malam...

Benar...
Aku cuma mendayung sampan perlahan-lahan menuju ke pulau impian,
Bermimpi dimalam hari, siangnya kembali mencari dimana arah tujuan,
Masih kabur penglihatan, masih pekak dalam mendengar pesan,
Bukan ku tak percaya mahupun menidakkan segala ungkapan,
Tapi biarlah aku berjuang selagi  hayat dikandung badan dan selagi minda sedang membina impian palsu dek kerana dusta perkataan..

Dibadai ombak, terkadang hampir karam dilautan rindu,
Aku sabar kerna terhasut bisikkan palsu darimu,
Andai sejak dari mula lagi aku mengerti makna ujian yang menimpa diri,
Pastinya aku tidak begini, terpenjara oleh janji..

Tiada ulasan: