www.terpendamungkapan.blogspot.com

Teg

Ahad, 3 Disember 2017

Realitinya dimensi ini..

Permulaannya seakan indah hingga ke penamat episod cerita, tapi tak siapa duga juga menyangka itu semua fatamorgana yang ‘kan membunuh impianmu sekelip mata. Dengan KATA impian terbina, duka menjadi ceria, terhapus semua gundah gulana. Tapi aku sering terlupa bahawa dengan KATA jugalah aku diheret ke lembah gelita, menjadi mangsa kata damprat mereka yang pernah aku berjasa suatu ketika, destinasi seterusnya ghaib dari pandangan mata. Mungkin sudah lumrahnya dunia pabila sudah lama jasa ditabur, mereka yang dahulu dibawah perhatianku sudah bisa mampu berdikari….. Mereka perlahan-lahan keluar dari dimensi menerima arahan bergerak kedimensi memberi arahan. Siapa aku? Apa hak aku? Perlukah mereka menuruti arahanku? Itu bukan persoalan lagi buat mereka, apatah kedudukan mereka kini jauh tinggi diatas berbandingku masih merangkak dibawah meraba-raba mencari laluan serta arah kehidupan yang belum pasti dimana destinasi yang sepatutnya. Realitiya, dimensi yang kuhadapi semakin menakutkan bagaikan mimpi ngeri setiap kali aku cuba memejamkan mata. “Aku ternampakkan nirvana disana, kedamaiannya seakan memangajakku turut serta berada disana, mahuku ingin turut serta tapi dibayangi jasad yang tak sempurna, tertunduk malu tanpa bicara.”

Tiada ulasan: