www.terpendamungkapan.blogspot.com

Teg

Isnin, 31 Julai 2017

Prof cdy

Susun atur kata pepatah juga madah
Pada ritma suara tanpa kelihatan raut wajah
Tak punya alibi jangan pula buat cara sendiri
Pada rentak tempo vokal sebutan huruf jenis manakah kau hakimi...
Institusi intuisi kepada penulisan puisi harus dipelajari
Cause i'm never show 'em my real demons from my words
That's why one by one ran away when I'm come back into this world
Fuck and sleep well in the hell u just waste my time
It's better u keep doing ur little fucking crime
I'm just wanna sit and make rhymed lines...

Yup! Bunyi seperti ada yang terasa
Tapi entah siapakah yang dia yang menjadi mangsa
Realiti 17 pada permulaan 08 jangan terlalu berdrama
Kerna realiti hidup bukan cerita cinta tv tiga
Aku suka bidas dalam puisi aku berkias
Buah fikiran tidaklah terlalu bernas untuk buatmu terasa panas
Cukup sekadar siapa makan cili dia terasa pedas...

Oppsss... Jangan meroyan menangis mengalir airmata satu tempayan
Jika kamu selalu benar mengapa masih mahu melayan
Adakah fisiognomi adinda terlalu tinggi?
Tenang this is just half of my poetry..
Sorry wrote cause I'm feel happy
I'm sorry again from me ROSHIDI..
Ha ha ha ha

Khamis, 27 Julai 2017

Kata jiwa 4

Rindu menyapa jiwa yang duka lara
Dikejauhan kepekatan kegelapan malam
Hanya pena yang mampu menghibur hati yang suram
Kata kias tak minta dibalas juga dibidas
Merayu kasih mengharap rindu terbalas
Segala penulisan berharap dapat dideklamasi
Agar ia mengerti maksud yang cuba dideklarasi...

Kutahu nahuku terlalu berjela untuk tatapanmu
Tak sempurna susunan ayat juga perwatakkanku
Lelah geriku dalam membahagiakanmu
Kini masanya kuterpaksa lepaskan dirimu
Berat buatku, sukar bagiku
Kau kata hapuskan segala kenangan diminda
Percaya ianya tak semudah kata-kata...

Pungguk rindukan bulan
Aku merindui saat kau ukir senyuman
Dalam kekalutan berperang kesedihan
Terbayang tawamu menghidupkan kenangan
Berteman sejarah yang pernah kita lalui
Kini dimensi yang luas dipenuhi sepi
Setiap ruang dan sudut ibarat mati
Terima kasih kerana pernah hadir menemani..

Rabu, 26 Julai 2017

Kata jiwa 3

Buka fikiran lapangkan minda
Muhasabahkan dirimu seketika
Dimana kecerdikkan insanmu berada?
Adakah kegembiraanmu sekadar bermukim sahaja..?
Bukan mencipta revolusi
Bukan cetus provokasi
Sekadar mengajakmu bersama kita cari solusi
Tertulis kehadirannya disetiap notfikasi
Kau sedari namun kau tak ambil peduli...

Realiti kehidupan dalam berkumpulan
Saat terjumpa teman seangkatan
Yang sering hadir kau lupakan
Kudendangkan lagu atas puisi aku ciptakan
Tak sempurna, aku tahu tapi bukan itu aku titik beratkan
Aku puisikan bersama maksud untukku jadikan pesanan
Semoga kau memahami kalam yang kuucapkan..

Kata-kata nahu, sepuluh jari dihimpun bersatu
Maaf andai kataku mengguris hatimu
Bukan membongak atau mendabik dada dalam lagu
Kusedar lidahku tak selincin kuku
Ini sekadar nukilan azimat dari blog aku

Selasa, 25 Julai 2017

Dimana hala tuju

Dia mengajukan soalan
Aku cuba puisikan
Engkau cuba meriuhkan
Kamu diabaikan
Jemaah bermukim cuba menunjukkan
Sikap berantakkan juga berontakkan
Cuba mewujudkan mukim keriuhan berkawasan
Dimana segelintir umat terpinggir seakan halimunan

Jangan, cuba hidup api perbalahan
Hanya kerna sikap mahukan perhatian
Bukannya kamu harus semua mata tumpukan
Bukan jua dia harus kamu sisihkan
Tapi sampai bila harus kamu teruskan
Mencari saat kamu perlukan?
Bukannya hantu yang kamu harus seru
Namun, perdamaian wujud saat kamu bersatu
Bersatu seperti seangkatan tentera bersekutu..

Kata jiwa 2

Perjalanan yang seksa
Bermandi terik mentari duka
Bukan niatku meninggi suara
Cuma terkadang setiap kata aku terasa
Paranoid akan kisah lama yang lara...

Dibayangi dihantui kisah menyakitkan hati
Terhasil puisi berdasar kisah yang aku lalui
Berparut luka terasa hanya aku yang merasai
Terhasil puisi kerana otak kerap tekan tubi
Berjasa kepada pembaca macam pensil 2B..

Kini kulayarkan kehidupan dilautan kesepian
Berteman angin kerinduan bayu kesakitan
Aku ubati dengan kiasan perucapan
Tak pandai mengatur perkataan
Tapi cuba cipta kesempurnaan
Agar berselera apabila mereka membaca..

Isnin, 24 Julai 2017

Kau

Aku mengenang namamu
Seorang yang telah yang pernah hadir dalam hidupku
Yang pernah bertakhta suatu ketika dahulu
Yang pernah tacap duri dalam ingtanku..

Engkau hadir dan pergi bagaikan permainan mimpi
Yang membuatku tertanya siapa sebenar diri ini
Sehingga aku terpaksa bertanya kepada diri sendiri
Sewaktu duka engkau datang kesini
Sewaktu engkau suka kau berlalu pergi...

Hidup dipentas lakonan drama dusta
Kisah cinta, yakinku ia pengakhiran duka
Semua kata nista darimu kupercaya
Segala kataku kau anggap dusta
Diri dipersalah kerana cuba turuti permintaan dunia
Yang sengsara, yang menderita, yang berparut luka
Hanya diriku menanggung segala
Engkau bebas ketawa bangga
Kerana berjaya dalam permainan yang kau cipta

Kata jiwa 1

Pada senja yang melabuhkan tirainya
Bersama jiwa sepi penuh rindu sengsara
Membisik suara mendayu mesra
Dipenghujung hari gelita perlahan menjelma...

Kekalutan silam mengusik fikiran
Memburu ingatan sekadar menambah kesakitan
Melumpuhkan kudrat seharian
Kini jiwa bergelut dengan peperangan khayalan...

Dalam kelam jiwa sepi berpuisi
Setan dalam minda sibuk memyanyi
Menghantui setiap keputusan dan juga geri
Puisi jiwa mati berlagu irama lumrah duniawi...

Biar terbuang jasad kelembah sunyi
Biar terdampar kedasar dimensi yang tak berpenghuni
Hidup sekadar untuk menghabiskan riwayat
Cuba berbakti selagi semua ini masih sempat..

Ahad, 23 Julai 2017

Kata-kataku

Disaat aku mulai membisu,
Tak kan ada lagi kedengaran puisi bersulam bahasa baku
Tiada lagi kata-kata nahu
Rindu yang dahulu membeku kini cair mengalir seperti keringatku...

Aku membisu saat dunia membelakangkanku
Dunia hanya tahu berlagu kisah mereka nan sayu
Merayu, entah siapa aku saat mereka datang bertemu denganku,
Cuba aku kenangkan, cuba aku fikirkan, tapi tidak aku mahu sangkalkan
Zikir puisi yang dicipta, dikir setiap ayat dalam berlainan rentak irama
Memori tercipta dari setiap perbuatan, ucapan berkata-kata
Pendusta, sering menyata perkara nista, itu aku padamu penilaian melalui mata..

Cuba mengatur langkah keluar dari kesakitan nyata
Pejamkan mata hayati halusinasi dari pandangan kaca
Mengejar kabus dari gisim padat sinar bak permata
Dalam sunyi aku berpuisi, menyanyi, abai suara memaki
Cerah aku tetap disini, kelam malam masih jua ku disini
Jangan bertanya, jangan cuba mencari
Jika memerlu aku cuma perlu seru tak perlu irama lagu
Aku kan tiba jangan terkejut andai ku muncul dihadapanmu
Selesai tugas, aku berlalu ghaib bagaikan hantu.....

Khamis, 20 Julai 2017

Kacang lupa kulit

Pada kehidupan yang tak pernah adil
Berkorban sebanyak mana diri tetap dianggap jahil
Manusia mudah melupakan jasa lama
Yang berjuang dianggap derhaka
Yang hadapan mata dianggap mulia..

Ya... Si Penderhaka ini yang dulunya suka berkorban
Sekarang dia ditentang, kata-katanya diabaikan
Susah manusia dia dihadapan untuk berlawan
Senang manusia, ditendang macam haiwan..

Rabu, 19 Julai 2017

Catatan diri aku

Aku tersenyum sipu bila kena tipu,
Jadi aku membisu sambil perhati mainanmu dari satu sudut yang dunia tak tahu dimananya aku....
Engkau ketawa gembira dengan rasa bangga,
Tanpa sedari dibelakangmu ialah karma sedang menanti masa untuk menerpa....
Aku tersungkur rebah sujud kebumi, aku bangkit berdiri sejurus engkau berlalu pergi, aku perhati kau menyanyi  tanpa muzik wajahmu menampakkan kau senang hati...

Dia terkedu perhati kehadiranku "adakah mimpi bila melihatmu"?
Tenang, jangan khuatir mahupun bimbang, aku sudah mati tapi kubur pula tendang aku kemari, selesaikan masalah dengan cara tersendiri, biar tinggal parut tak berdarah, biar sakit tak bisa kebah....
Cara kerja gaya ernesto 'che' guevara, aku bukan buta, jadi jangan halang bila aku mula berkerja..

Aku mula strategi dengan menulis puisi, disana aku kias disini aku libas, didepan aku pasang jerat mati dibelakang aku pasang kawat berduri..
Sepuluh menyerang dalam genggaman tujuh pasti tumbang, tinggal tiga cuba bermain bayang, mahu umpan aku? Maaf kamu silap orang..

Jangan kerap putar belit setiap maklumat, jika ku tahu perkara sebenar mukamu pasti lumat, terkena ciuman buku lima naga keramat, pasti menyesal tiada guna sapu minyak gamat....
Aku bukan ikan sepat, yang kau mahu tunjukkan  kau punya ligat, aku bukan bacul yang sering berpindah tempat, jadi  guna akal jika mahu potong aku jadi lapan kerat....

Aku menulis kerana masih berdendam, jiwa sengsara tangan terketar ditengah malam, hati jadi suram selagi jasad kau tak ditanam....
Opppsssss, maaf!!! Aku terlupa, aku bukan Tuhan yang mahu tentu tarikh mati, engkaulah tuhan sebenarnya yang suka menghakimi segala geri aku, hingga neraka tempatku yang abadi..
Katamu itu masih aku ingat selagi jasad aku tak dikebumi..

Selasa, 18 Julai 2017

Dalam nada kecewa aku cuba untuk bersuara
Bicara tentang perkara hampa dan duka
Bukan kepada manusia tapi pada hati yang lara
Yang sedang leka mendengar irama harapan hampa....

Coba tak diperhambakan duniawi
Namun kesukarannya menguji kesabaran diri
Rindu kenangan silam sewaktu rumahNya aku hadiri
Merindui laungan suara sendiri berkumandang sewaktu dinihari
Sewaktu sebahagian manusia bangkit dari mati
Pulang ke alam nyata setelah lama mengembara dialam mimpi.....

Masa berdetik sambil menghapus jejak langkahku
Dimensi diri semakin sesak dipenuhi bayangan dosa lalu
Jiwa didalam jasad meraung menangisi perkara yang sudah berlaku
Tangan mengenggam buku lima dengan kuat tanda fikiran menemui jawapan buntu
Sambil berbisik kepada hati dimana destinasiku?

Kini hanya mampu meratap dan berharap
Walaupun tidak kedengaran suara sewaktu berucap
Ketahuilah bahawa nafas ini mulai tercungap
Penat kerana terlalu banyak perkara yang buatkan aku sering berentap,
Menentang mereka yang suka memberontak menggunakan bahasa kudrat, tidak kenal erti penat walaupun jelas ternampak tenat, tapi mereka meneruskan hingga nafas tamat..

Tentang aku

C.D.Y cuba cetus revolusi dengan gaya tersendiri
Hak cipta terpelihara tanpa meniru sesiapa, sekadar general malique sebagai idola
Aku menulis untuk luahkan apa yang kurasa dan pendam didalam dada
Bunyi seakan lirik tapi tak sempurna tanpa ritma muzik
Mungkin juga seperti puisi, namun susunan ayat buat mereka sukar memahami
Jadi nukilan tulisan aku karang mengikut suka hati
Niat utama hanya ingin kias mereka yang suka menindas
Terkena tempias jika tidak puas cuba pula membalas
Mungkin mereka anggap aku lembab dari pertuturan dan juga sikap
Tapi percayalah, lambat pick-up diri aku pasti buat kau tersentap
Kerana prinsip utamaku ' jangan suka menghisab '.....

Aku pejam mata saat jarum timur dan barat bertembung dititik sifar
Mata terbuka saat dunia mati dalam jasad yang bernyawa
Tersedar dari mimpi ngeri lantas lidahku menyebut istighfar
Moga fantasi tidurku tidak mengikut dari kasur masuk kealam fantasi nyata,
Mata segar terbuka, terdengar pena memanggil nama tanda masa kias bermula
Siapa mangsa? Cuba baca semula setiap petikan  yang kurangka diselang masa
Pastinya dialah orang yang aku jamu nasi berlauk cabai melaka
Hahh haaaa, sakit hati dengan hamba punya ketawa?
Jika ya, siapa suruh mula sengketa?

Rentak hidupku laju seperti rentak lagu
Pena hanya tahu jerit laju... Laju... Laju, kertas membisik tunggu dahulu
Biarkan mindaku memandang visi hadapan sepintas lalu
Kerana saat itu dia sedang berehat seketika sambil menikmati angin bayu,
Aku menulis berharap agar ada nasihat yang bisa engkau turuti
Agar ada larangan yang perlu kau jauhi
Jika perlu, nasihatku rujuk kalam suci milik Ilahi...

Kata-kata nahu, mungkin setakat itu ucapan tulisan dari profesor serba tahu
Lain waktu jika aku mahu,akan kuceritakan lagi kisah tentang aku
Yang tak sehebat tulisan komposer lagu cinta dan rindu
Dibalik awan ribut, terdengar panggilanmu kekasihku, tunggu aku disitu kerna aku ingin beradu terlebih dahulu,
Maafkan aku kerana terlalu leka melayan kerenah pena dan buah fikiran minda
Saatku tiba disana, kita bersatu selamanya tak perlu lagi bebankan kepala
Mata terkunci rapat bersama tanah pasti tidak terbuka...

Ucapan maaf sekali lagi, aku akhiri kerna buat kalian semua baca tanpa henti
Jika ada sumur diladang, inginku tumpang sejukkan diri
Jika hayat umurku panjang, aku coretkan lagi puisi hati mati
Jika baca tanpa alunan muzik pasti sunyi
Jika mahu lebih sensasi pasang muzik, puisiku kau baca dengan rentak RnB
Sekali lagi dari mula cuba kau nyanyi..
Thanks to all especially you my eternal lovely..
Jumpa lagi..

Isnin, 17 Julai 2017

No title

Sebermula bertelingkah ku terpaksa diam, dengar patuh setiap keputusan yang engkau cuba putuskan,
dalam bingung aku cuba jelaskan terangkan huraikan tanpa kesimpulan pada alasan aku dihukum 'penipu sepanjang zaman'',
Aku turuti bukan kerana aku bersalah,
tapi cuba tunaikan permintaan yang kau selalu ucap tiap kali kita bertelagah..

Maafkan aku, atas kesalahan masa lalu
Mungkin itu punca kepada setiap perbalahan yang berlaku
Hingga buatmu tak percaya akan kataku lagi
Aku terpaksa lepaskan kau pergi , sukar namun harus kuakui yang aku sebahagian mimpi ngeri...

Aku takkan melangkah pergi walaupun ku tahu hubungan ini bakal sunyi,
Tiada gelak tawa yang mampu menghiasai ruang dimensi ini,
Aku akan terus disini untuk perhatikan setiap geri ..
Agar dapat ku tahu bhawa kau sntiasa sihat selalu

Ahad, 16 Julai 2017

Gunting dalam lipatan

Disini ada pesta, datang tak diundang pulang kena halang, dia kemari nyanyi lagu bernada sumbang,
Datang tak diundang pulang kena halang, dia kemari nyanyi lagu bernada sumbang...

Tasik yang tenang jangan disangka tiada naga
Jika mahu tahu cuba berenang mengular didalam airnya..

Bila naga tiba, ular lari menjalar merata, naga tiba ditasik satu rimau dan satu singa didarat sudah sedia, naga lena sudah terjaga, naga diam kini bersuara, rimau leka tidur kini mula buka belangnya, singa dulu menikus kini tajam perhati mangsa..

Bukan nk mendabik dada atau saja menjaja cerita,
Tapi ini kisah pengawas kawasan mulakan agenda,
Mungkin kerana bosan atau lama tak cuba beradu tenaga, jadi dimulakan dengan kisah dongeng sikacang lupakan kulit, dia mahu bikin wayang kulit, akhirnya tersepit tak sempat menyelit, banyak salah mungkin buat dia rasa seperti nasi himpit..

Mengapa mesti cari sebab dan alasan, sedangkan kesalahan sudah lama saya lupuskan dari ingatan, walaupun najis kau tinggal disetiap gudang emas yang aku berikan? Kini kau mula merasakan bisamu mampu membunuh naga dengan satu patukan? Jangan pandang musuh sebelah mata jika tak mahu sengsara...
Hormat jangan meloncat, ingat asal usul kau punya tempat, siapa dirikau sebelum merempat? Mahu serang tunggu masa yang tepat, jangan menyerang ikut firasat yang diselubungi hasad..

Mentari merah diufuk timur

Saat Mentari merah diufuk timur
Saat tiada guna lagi rayuan suara mohon ampun dan tafakur
Saat manusia tak peduli karektor kartun kantor dan karikatur diktaktor
Saat dunia sabar menunggu masa wisel ditiup dan seluruh isinya hancur lebur
Tiada yang tertinggal hingga yang kedua pula berbunyi
Memanggil semua penghuni bangkit dari kediaman abadi
Saat kau,aku,dia dan mereka masing tak peduli hal orang alami
Resah, masyghul memikirkan nasib yang bakal dihadapi...

Saat itu, jika kau baru mengerti apa yang ku ungkapi sebelum ini didalam puisi yang pernah aku karangi, pasti kau fahami apa isi yang aku "mengarut" selama ini. Buka matamu bermain segala fantasi, Saat terpejam matamu bermulanya cerita realiti.

Aku bukan ahli nujum,
Yang dapat meneka perkara soal hadapan
Aku juga pendosa dalam setiap percakapan, perbuatan
Tapi adakalanya aku punya kebaikkan yang dijadikan amalan
Andai kataku beri beratus nasihat, turutkan
Andai punya berjuta hasutan kejahatan, abaikan
Andai dapat menghiburkan, dendangkan
Andai dapat menceriakan, bacakan
Tiada paksaan, tiada suruhan sekadar menulis apa yang ingin diungkapkan....

Sinar 2

Gapai impian tinggi sampai kebulan
Terlupa akan daratan yang pernah dipijak
Terlalu mengejar impian hingga disakiti kata harapan
Jatuh rebah kebumi hingga tidak dapat dijejak..

Kerana terlalu asyik dan leka bermain dengan mimpi
Hingga tak bisa membezakan realiti dan fantasi
Sejuta bayangan indah cuba mengaburi
Hingga tak sedar yang diri telah disakiti
Darah yang mengalir kering dibakar mentari
Yang tertinggal hanya parut kenangan cinta abadi...

Rebah jatuh tersungkur sujud kebumi yang tandus
Bingkas bangkit cuba melawan arus
Yang dikata tidak itu yang hatiku berbisik harus
Yang disuruh itu, hati berpesan hati-hati permainan halus
Sudah serik aku lalui beribu haluan berliku
Hingga disuatu destinasi kau kutemu dalam pertengah hayatku
Takku persalah hadirmu, takku kesal memilihmu
Diriku punca engkau berlalu sebegitu
Sempurna dirimu perwatakkan, pertuturan, kejujuran,
Sejujurnya dirimu hingga kini tak kupersalahkan...

Kucoretkan puisi, kutuliskan bisikan isi hati
Dalam berantakkan naluri hati sedang menangisi
Rela dalam keterpaksaan ku melihat kau melangkah kaki
Aku biarkan kau menganggap bahawa ku undur diri
Namun hakikat realiti ku masih disini menanti
Andai kau kembali ku terima kembali
jika bahagia yang kau cari sudah dimiliki
Biarkan saja aku bertapak dinisan perhubungan ini..

Sinar

Hadirmu, tak pernah aku duga masanya
Tak pernah ku persoal kenapa
Ibarat cahaya yang bersinar ditengah kegelapan
Menyuluh menerangi sepanjang perjalanan

Namun.....
Cahaya itu makin malap ruang cerah mulai gelap
Dimensi riuh perlahan menjadi senyap
Dalam gelitap kucuba mencari haluan
Haluan yang kurasa ianya benar destinasiku
Rupanya ia bawaku ke jalan yang penuh liku
Kini.... Aku hanya terus menunggu disini
Biarkan perjalanan ini terhenti tak perlu diteruskan lagi... Sehingga sinar itu muncul kembali..

Jumaat, 7 Julai 2017

Terperangkap dalam jerat sndiri

Ia mengacah difikirku melatah tapi tanggapannya salah
Aku tak bersalah knapa hrus tnduk mengalah?
Pantang menyerah sebelum mula perang anak panah...
Aku berikan kiasan dalam perbahasanku timbulkan kau punya setan
Opps..maafkanku, mulut pena jari  keyboardku tak punya insuran
Tapi yang pastinya dendamku bayar secara ansuran...

Aku bukan penghukum tapi sikapmu selalu buatku dihukum
Tempis kias ayat atas kertas, disusun ayat tapi tak mengikut komsas
Tatabahasa, perumpaan kata ku atur jadi teka silang kata
Peribahasa lama dihidupkan melalui selitan tulisan sasterawan sawan
Kawan makan kawan, kawan jadi lawan, dendam tinggi keawan
Balas perbuatan dalam senyuman, dia terima dalam tangisan
Melutut merayu mendayu bisikan syahdu tolong ampuni aku
Maaf, jiwa hitam mula menghantui setiap pelusuk liang romaku
Sekarang aku bebas dari fitnah mengancam nyawamu
Kepala harimau bersilang parang-keris ukir senyum sinis
Pegawainya menyatakan kiasan umpama kekerasan tapi hasilnya kedamaian
Akal cetekmu tak dapat menghuraikan kiasan aBANGSAWAN..

Isnin, 3 Julai 2017

Aku, kamu, dan hantu menipu

Diseru pasti datang, bukan jampi serapah cara panggilan
Datangnya jika diundang, jika sekadar gurauan jangan ditanya mengapa tiba-tiba merasai kesakitan..

Bukannya hantu ciri kewujudan, bukannya setan untuk cetuskan hasutan,
Asyik berangan jangan terlalu tinggi  kebulan,
Dia pasti mengekor meskipun dia bukan angkasawan,
Dalam kutukan dan mengata jaga tutur bahasa, dia muncul tak kira masa,
Bukan kerana hobi tapi sekadar suka,
Tapi dia mahu yang lain turut merasai kesakitannya juga..

Jika dahulu, siang dia memburu, malam waktu untuknya berlagu
Sekarang, setiap masa adalah waktu memburu
Siapa mangsa kita semua masih tak tahu
Baik berjaga-jaga, dindingkan dirimu dengan ilmu
Jika malas, tepat dua belas cuba toleh kebelakangmu,
Andai terhidu bau, ketahuilah dia memang sangat dekat dengan kamu..