Terkadang kuterpaksa ukir senyuman "Si Badut" 'tuk menutupi wajah sebenar yang sentiasa muram. Namun lebih seringkali ku "memakan hati" dengan tingkahlaku dan tutur bicara yang dia lontarkan. Mungkin bagi dia itu hanya sekadar gurauan bagiku ianya lebih kepada ejekan kerana bilaku meluahkan segala perasaan yang terpendam dalam hati, dia membalas seolah ucapan itu tidak bererti.
Tapi bukan salah dia, tidak sama sekali terlintas didalam fikiran untuk menyalahi dia. Semua berpunca dari aku yang terlalu berharap pada cintanya, sedangkan dia baru cuba untuk mengenali aku dengan lebih mendalam. Cuba juga bersuara menyatakan hasrat ingin berjumpa walaupun sekejap saja, tapi jawpan diterima menunjukkan yang aku lebih gemar mengejar sesuatu yang tak pasti. YA! MEMANG KEADAAN WAKTU INI SITUASIKU SEBEGITU, dan tak siapa mengerti apa yang berlaku atau cuba memahami TERUTAMA dia yang aku cintai. Adakalanya kumerasakan diriku seperti tentera yang tiada negara, bersendiri didalam medan perang, berperang dengan kesukaran hidup yang mana kewarasan dan metaliti akalku sering diuji lantas perlahan-lahan kesabaranku makin terhakis.
Tryna' pretend that i'm always fine while going through this life, infact i'm startin' go insane with these matter around me.
Bukan ucapan yang aku nyatakan, Bukan perbahasan yang aku sampaikan, Bukan kiasan atau kutukan yang aku coretkan Jika terasa nahhh! Rasakan.. Halaman ini tempatku luahkan yang terbuku dalam fikiran.. ~komen jika ada kekurangan,saya sedia terima~
www.terpendamungkapan.blogspot.com
Teg
Sabtu, 14 Julai 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

-
Pedulikan kata² dia yang mendabik dada, Butakan saja matamu melihat tingkah lakunya, Ini masa bukan untuk duduk semeja bersama mereka, In...
-
Dalam lagu aku cuba bermadah , nyanyian ku sekadar ingin meluah , tapi bait-bait lirik ku merungkai tiap gerimu yang suka mengh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan